Pada dua minggu lalu, selepas Elon Musk dikhabarkan berjaya mengambil alih platform media sosial Twitter, beliau menerima kunjungan wakil delegasi daripada Indonesia untuk berunding mengenai kerjasama dalam pembekalan dan pemprosesan Nikel.

Terbaharu, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berada di Amerika Syarikat selama lima hari untuk lawatan kerja telah pergi bertemu sendiri dengan Elon Musk, invidu penting yang merevolusikan ekosistem kenderaan elektrik dunia di ibu pejabat SpaceX, Boca Chica, Amerika Syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pertemuan selama lebih kurang satu jam yang penuh bermakna itu, kedua-dua individu berpengaruh itu membincangkan beberapa perkara mengenai pelaburan teknologi dan inovasi yang boleh terokai bersama.

Dalam satu video yang dikongsikan melalui media sosial rasmi Jokowi, beliau memaklumkan bahawa Elon Musk tertarik untuk segera datang ke Indonesia untuk melanjutkan perbincangan mereka.

“Saya sangat teruja Indonesia sangat positif serta optimistik terhadap masa hadapannya, Indonesia mempunyai potensi untuk berkerjasama dengan Tesla dan SpaceX.

“Indonesia mempunyai potensi berkolaborasi di pelbagai level, lebih-lebih lagi Indonesia mempunyai jumlah penduduk ramai dan sedang meningkat. Kita memerlukan jumlah populasi yang ramai, ia sangat membantu untuk misi ke planet Marikh (secara sukarelawan),” ujar Elon Musk.

Apabila ditanya adakah beliau akan datang ke Indonesia nanti, Elon Musk menyatakan beliau telah menerima jemputan untuk menghadiri acara ‘G20 Indonesia 2022’ dan beliau berbesar hati untuk memenuhi jemputan itu nanti.

Sebelum ini, penampilan Elon Musk yang hanya memakai t-shirt dan rupa seperti ‘baru bangun tidur’ semasa menerima kunjungan wakil delegasi Indonesia di pejabat Tesla Gigafactory, Nevada telah mencuri tumpuan ramai.

Begitu juga pada kali ini, penampilan Elon Musk sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila menerima kunjungan hormat Jokowi dengan hanya memakai t-shirt sahaja.

Hasil carian The Vocket, t-shirt ‘Men’s Starman’ yang dipakai oleh Elon Musk merupakan merchandise rasmi SpaceX yang dijual pada harga USD30 (RM131.94).

Sumber Gambar: Shop.spacex.com

Semasa delegasi Indonesia datang ke pejabat Tesla GigaFactory, nilai saham syarikat Kopiko meningkat selepas Elon Musk gula-gula tersebut sambil menunjukkan thumbs up.

Nilai Saham Syarikat Indonesia Meningkat Selepas Elon Musk Makan Gula-Gula Kopiko

Macam Baru Bangun Tidur, Penampilan Elon Musk Jumpa Delegasi Indonesia Curi Tumpuan