Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada mulanya, tahun 2020 akan menjadi tahun yang baik buat untuk para pemain industri pelancongan disebabkan Tahun Melawat Malaysia 2020. Hanya mampu merancang, penularan wabak pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang besar terhadap industri pelancongan.

Menurut Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebanyak 204 syarikat berkaitan industri hotel dan resort menamatkan perniagaan sejak Mac hingga Oktober tahun ini.

SPAD

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri

Menurut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ia melibatkan 109 syarikat berkaitan penginapan dan perhotelan dan 95 syarikat berkaitan agensi pelancongan, tempahan serta aktiviti berkaitan dan ejen pelancongan. Dalam pada masa yang sama, jumlah syarikat pengusaha pelancongan yang memohon lesen baharu dan diluluskan dari Mac hingga 31 Oktober 2020 sebanyak 135 syarikat.

Tambahnya, kerajaan telah mengumumkan beberapa pakej rangsangan ekonomi untuk meringankan beban rakyat dan kelangsungan perniagaan termasuk penggiat industri pelancongan. Pihak kementeriannya turut menyediakan kemudahan pembiayaan seperti Tabung Infrastruktur Pelancongan (TIP) menerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).

Kami kongsikan beberapa hotel yang telah ditutup sepanjang tahun ini pada pautan di bawah.

Netizen Sedih Hotel Puteri Pacific Di Johor Bahru Bakal Ditutup Selepas 29 Tahun Beroperasi

Lebih 40 Tahun Beroperasi, Holiday Inn Resort Di Pulau Pinang Bakal Ditutup

Lebih 7 Tahun Beroperasi, Hotel Four Points by Sheraton Di Sandakan Telah Ditutup Secara Rasmi

Anda Mungkin Suka