Bermula 22 Mac 2017, Malaysia telah menjalin kerjasama bersama pengasas Alibaba iaitu Jack Ma untuk membangunkan Digital Free Trade Zone (DFTZ). Langkah kerjasama ini dibuat bagi memantapkan lagi pelan kerajaan dalam membantu ekonomi SME di dalam bidang perniagaan atas talian.

Pelan yang dibangunkan ini bukan sahaja memfokuskan kepada perniagaan secara runcit semata-mata malah turut meliputi beberapa teknologi terbaru meliputi Industry 4.0 dan blockchain.

Industry 4.0

Bagaimanakah Industry 4.0 berkait rapat dengan DFTZ serta membantu para usahawan dan SME? Berikut merupakan kupasan kami mengenai Industry 4.0 dan bagaimana pelan pembuatan ini bakal mengubah landskap bisnes para usahawan dan SME dalam mensasarkan penjualan serta pembuatan yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Ada apa dengan Industry 4.0

Industry-4.0-digital-transformation-of-manufacturing-in-the-fourth-industrial-revolution

Industry 4.0 secara asasnya merujuk generasi keempat di dalam teknologi pembuatan. Apa yang membezakan teknologi pembuatan terbaru ini dengan generasi-generasi sebelumnya adalah kepenggunaan data dan internet dalam menghubungkan mesin serta peranti di dalam sebuah sistem atau kilang. Perhubungan diantara mesin inilah yang dinamakan sebagai internet of things.

Perkongsian maklumat ini membolehkan mesin-mesin ini berhubung antara satu sama lain sekaligus mengurangkan kebergatungan kepada tenaga kerja manusia. Tidak hanya berkongsi maklumat, Industry 4.0 turut membolehkan sesebuah sistem menyimpan maklumat secara cloud serta mengelakkan daripada sebarang kecuaian dalam menghasilkan sesebuah produk.

https://www.youtube.com/watch?v=QSIPNhOiMoE

Terdapat beberapa kriteria untuk sesebuah sistem atau kilang perlu patuhi sebelum disahkan sebagai industry 4.0. Empat kriteria yang dimaksudkan adalah:

1. keserasian peranti

2. ketelusan maklumat

3. kemahiran teknikal

4. perkongsian data secara decentralized.

Keserasian peranti merujuk kepada kebolehan mesin, sensor serta pengguna untuk berhubung satu sama lain.

Ketelusan maklumat atau lebih dikenali dengan terma information transparency pula bermaksud kemampuan sesebuah mesin dalam mengeluarkan maklumat dalam sesebuah situasi. Melalui teknologi ini, tenaga kerja manusia tidak lagi perlu troubleshoot sekiranya terdapat masalah dalam sesebuah sistem.

Infographic Industry 4.0

Seperti yang anda tahu, Industry 4.0 melibatkan kecekapan mesin berhubung antara satu sama yang lain. Dalam pada itu, kemahiran teknikal yang tinggi daripada tenaga kerja manusia amatlah diperlukan bagi membolehkan kesemua kerja melibatkan mesin berjalan dengan lancar.

Selain itu, Industry 4.0 turut menggunakan teknologi blockchain dimana maklumat dikongsi secara decentralized. Dalam erti kata lain, segala maklumat yang dikongsi adalah sulit dan tidak mudah digodam oleh pihak ketiga.

Apa yang para usahawan perlu peka dengan Industry 4.0

dm4674_industry4

Disebalik kecanggihan dan kemudahan dibawah proses Industry 4.0, langkah ini juga turut mempunyai halangan dan cabaran buat para usahawan. Berikut merupakan 3 perkara utama yang perlu diadaptasi sekiranya Industry 4.0 digunakan sepenuhnya.

1. Kekurangan individu yang mahir mengendalikan sistem ini serta kurangnya panduan yang boleh dijadikan contoh. Selain itu, sebarang kegagalan dari sudut IT mungkin bakal menggagalkan sebarang proses pembuatan di dalam sebuah kilang atau sistem.

2. Dari perspektif para pelabur, mereka juga mungkin akan mengambil masa yang sedikit lama sebelum mula memberi kepercayaan kepada teknologi yang boleh dikatakan masih baru ini. Hal ini mungkin bakal memberi kesan buat para usahawan yang tidak mempunyai modal yang tinggi dalam melaksanakan teknologi pembuatan yang masih baru ini.

3. Lebih banyak manusia atau tenaga kerja yang bakal hilang punca pendapatan disebabkan peralihan kepada mesin.

Dalam pada itu, disebalik kesulitan melaksanakan Industry 4.0 dalam sesebuah syarikat atau sistem, teknologi pembuatan terbaru ini turut berjaya menyelesaikan banyak masalah sekaligus menguntungkan para pengguna serta syarikat.

Tidak hairanlah melalui rangka pelan DFTZ, dijangkakan pengaliran wang sebanyak RM280.8 billion bakal berlaku untuk pasaran Asia Tenggara sahaja menjelang 2025. Buat para usahawan yang pantas mengambil peluang ini, mereka mungkin bakal menemui lubuk duit tidak lama lagi.

shutterstock_480408787

Sekiranya anda ingin menjadi pioneer dalam melaksanakan Industry 4.0 dalam bisnes anda, mungkin inilah pendedahan yang anda perlukan. Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) kini sedang menawarkan kursus memberi pendedahan secara umum bagaimana Industry 4.0 bakal memanfaatkan serta mengubah landskap bisnes anda.

Anda boleh ikuti Facebook INSKEN di sini dan klik di sini untuk mendaftar sebagai peserta program ini yang bakal berlangsung di Le Méridien, Kuala Lumpur pada 6 September 2017 jam 9.30 pagi ini. Mungkin ini peluang terbaik anda untuk menjadi yang terawal memanfaatkan Industry 4.0 dalam bisnes anda.