Jenama Infinix mula mendapat tempat di kalangan pengguna tempatan kerana penawaran peranti yang berkuasa pada harga marhaen. Pada tahun ini, model Infinix perkenal model kemas kini terbaru iaitu Hot 30.

Infinix masih mengekalkan harga berpatutan dalam masa yang sama menaik taraf spesifikasi secara keseluruhan bagi pengalaman penggunaan seharian yang baik. Kami sendiri berpeluang merasai Hot Infinix 30 di dalam seharian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Spesifikasi yang mantap

Infinix Hot 30
Sumber Gambar: The Vocket

Infinix Hot 30 ini dilengkapi dengan skrin 6.78-inci yang beresolusi FHD+ dengan sokongan refresh rate 90Hz. Jadi, anda boleh menikmati paparan visual yang baik serta animasi pelayaran yang responsif.

Selain itu, model ini dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G88 bersama memori  8GB + 8GB virtual dan juga storan dalaman 128GB yang cukup memadai bagi kegunaan seharian. Walaupun peranti ini berada dalam kelas bajet, anda masih berpeluang merasai pengalaman scrolling atau bertukar aplikasi dengan lancar.

Sumber Gambar: The Vocket

Peranti ini juga dibekalkan dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Jadi, bukan sahaja anda boleh menikmati penggunaan tempoh yang lama bahkan boleh dicas penuh dalam masa singkat.

Rekaan yang menarik

Infinix Hot 30
Sumber Gambar: The Vocket

Tidak hanya menfokuskan kepada spesifikasi dalaman sahaja, rekaan yang ditampilkan sangat menarik lebih-lebih lagi di bahagian belakang. Telefon ini juga bukan sahaja ringan malahan sedap dipegang kerana rekaan yang nipis.

Pada bahagian belakang pula, model ini hadir dengan corak seakan holografik yang futuristik sekaligus tampil unik apabila melihatnya. Tetapan dual-camera juga memberikan elemen seperti peranti premium yang tersedia di dalam pasaran.

Pengalaman fotografi yang baik

Sumber Gambar: The Vocket

Dengan berbekalkan kamera utama 50MP bersama lensa AI, anda boleh mendapatkan hasil gambar yang baik terutamanya apabila mempunyai sumber cahaya yang baik. Gambar yang dihasilkan tampak berkualiti dan juga sharp.

Kami selitkan beberapa sampel gambar yang memperlihatkan prestasi kamera di dalam senario sebenar. Antara kesukaran yang dihadapi adalah kesukaran untuk menfokuskan pada subjek apabila dalam mod Potrait.

Sumber Gambar: The Vocket
Sumber Gambar: The Vocket
Sumber Gambar: The Vocket

Sementara di dalam keadaan gelap, peranti ini bakal memberikan hasil gambar yang agak baik dengan adanya bantuan Supernight Mode. Terdapat beberapa ciri suntingan canggih yang tersedia untuk dimanfaatkan oleh pengguna sendiri.

Untuk video pula, visual yang dirakam masih baik namun terdapat masalah gegaran yang kuat. Jadi, anda perlu menyunting video dengan aplikasi pihak ketiga untuk dapatkan hasil yang lebih baik.

Lengkap dengan pelbagai ciri berguna

Sumber Gambar: The Vocket

Infinix Hot 30 turut menawarkan pelbagai ciri menarik lain termasuklah NFC, UPS Signal Boost Network, stereo speaker dan pengimbas cap jari. Menarik lagi, anda juga boleh menggunakan dwi-kad sim serta boleh menambah ruangan storan menerusi kad mikro sd.

Pengalaman permainan yang memuaskan

Infinix Hot 30
Sumber Gambar: The Vocket

Memandangkan peranti ini sememangnya direka khas untuk gaming, maka sebahagian besar permainan boleh dimainkan dengan lancar. Bagaimanapun, hanya boleh bermain pada tetapan kualiti grafik yang biasa-biasa sahaja.

Jika anda bermain PUBG, ciri gyro mempunyai masalah tersangkut yang boleh menggangu prestasi sewaktu sesi permainan.

Secara peribadinya, Infinix Hot 30 merupakan telefon bajet yang berbaloi didapatkan untuk kategori di bawah harga RM600. Boleh dikatakan model ini mempunyai prestasi keseluruhan yang memuaskan seperti kamera yang baik, bateri yang tahan lama dan rekaan yang menarik.

Jika anda berminat dengan Infinix Hot 30, boleh dapatkan di Shopee dan Lazada pada harga RM599. Telefon pintar ini memang sesuai digunakan untuk seharian di samping boleh dijadikan sebagai telefon kedua untuk kegunaan kecemasan.