Infinix bukan nama asing lagi di dalam pasaran Malaysia kerana penawaran peranti yang baik pada harga berbaloi. Jadi, Infinix kini berkongsi tarikh untuk pelancara! siri Note terbaharu mereka buat pasaran tempatan.

Infinix menjadualkan pelancaran bakal berlangsung pada 24 Mei kelak dengan dua buah model yang akan diumumkan iaitu Infinix Note 30 dan Infinix Note 30 Pro.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Infinix

Maklumat berkaitan peranti ini masih terhad memandangkan kedua-dua peranti ini masih belum dirasmikan di mana-mana pasaran buat masa ini. Bagaimanapun, peranti telah disahkan hadir dengan teknologi All-Round FastCharge yang menyokong sistem pengecasan berwayar 68W dan secara wireless 15W.

Dengan ini, Infinix dilihat benar-benar menambah kebolehan pengecasan siri Note kali ini memandangkan siri Note 12 terdahulu yang hanya menyokong pengecasan berwayar 33W tanpa kemampuan pengecasan wireless.

Sumber Gambar: Infinix

Tambahan pula, Infinix juga berkerjasama dengan JBL untuk sistem audio pada peranti baharu Note bagi memberikan pengalaman audio yang lebih imersif dan padu. Memandangkan Infinix sering menawarkan peranti dengan harga marhaen, kita boleh jangkakan harga siri Note 30 ini adalah mampu milik.

Sumber