Seperti yang dinantikan ramai, Infinix kini melancarkan dua model baharu di bawah barisan siri Note 30 pada kali ini. Dua model yang dimaksudkan adalah Note 30 dan Note 30 Pro.

Kedua-dua model ini dilengkapi spesifikasi yang bagus pada harga mampu milik. Boleh teruskan bacaan untuk mengetahui tentang spesifikasi bagi kedua-dua model baharu ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Infinix Note 30

Sumber Gambar: Infinix

Infinix Note 30 menggunakan skrin lebih besar 6.78-inci IPS LCD FHD+ dengan sokongan refresh rate 120Hz. Kemudian dijana pula bersama cip MediaTek Helio G99 dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Perbezaan yang boleh dilihat pada model biasa ini adalah pada sistem kamera utamanya. Pada model ini, kamera utama dimuatkan 64MP(utama), 2MP(kedalaman) bersama lensa AI. Kamera swafoto dilengkapi dengan 16MP.

Sumber Gambar: Infinix

Kapasiti bateri yang dibekalkan sebesar 5,000 mAh namun pengecasan sekadar 45W tanpa kebolehan mengecas secara wireless seperti Pro. Peranti juga menyokong pembesar suara stereo dengan audio JBL dan bicu audio 3.5mm disertakan.

Infinix Note 30 Pro

Sumber Gambar: Infinix

Infinix Note 30 Pro dilengkapi dengan skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ yang juga menyokong refresh rate 120Hz. Note 30 Pro dipadankan juga dengan cip MediaTek Helio G99, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Model ini pula dilihat mempunyai kelebihan dalam fotografi kerana mempunyai kamera utama 108MP, 2MP (kedalaman), lensa AI di samping turut memuatkan kamera swafoto 32MP di hadapan.

Sumber Gambar: Infinix

Kapasiti bateri untuk versi Pro masih dikekalkan namun dengan kebolehan pengecasan pantas 68W menerusi wayar dan 15W secara wireless. Di samping itu, model ini dilengkapi sistem penyejukan vapor chamber yang mengandungi 10 lapisan untuk menguruskan haba berlebihan dengan efektif.

Harga

Buat peminat tempatan yang mahu mendapatkannya, Infinix Note 30 sedia dijual pada harga RM699 dengan varian 8/256GB lalu diikuti Infinix Note 30 Pro yang berharga RM899 untuk varian 8/256GB menerusi Shopee dan Lazada.

Sumber