Buat anda yang sedang merancang percutian atau sedang mencari tempat cool untuk berhibur bersama, Inflatable Island pastinya antara tempat yang patut berada di dalam wishlist anda.

Inflatable Island ini terkenal dengan taman permainan gergasi yang dihiasi dengan warna-warna yang sangat Instagramable. Jika anda atau rakan travel anda kaki Instagram, sesuai sangat jika lokasi ini menjadi pilihan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Inflatable Island yang terletak di Subic Bay, Filipina (juga dikenali sebagai Unicorn Island) ini telah mula beroperasi pada bulan April 2017 dengan keluasan melebihi 44,000 kaki persegi sekaligus menjadikan lokasi ini sebagai floating playground terbesar di rantau Asia.

Kawasan ini memuatkan 15 tapak inflatable playground untuk para pengunjung. Kini dengan penambahan keluasan, terdapat enam lagi stesen yang terbaru untuk menambah lagi keseronokan para pengunjung. Sebagai contoh ‘Floating Cinema’ membolehkan para pengunjung menonton tayangan sambil ditemani bayu pantai. Best bukan?

Untuk maklumat lanjut tentang tempat ini, anda boleh lihat di sini. Tunggu apa lagi, tag kawan-kawan anda dan mulakan perancangan untuk berkunjung ke pulau fun ini!.