Di zaman serba moden ini, pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan.

Antara cara yang paling popular adalah dengan mengutip ‘gift’ melalui aplikasi TikTok yang kini digunakan oleh setiap orang di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, walaupun kaedah ini nampak mudah – anda hanya perlu ‘live’ selama beberapa jam. Namun wujud pula saingan yang sengit daripada pengguna media sosial yang lain.

Perkara ini yang kini terjadi di China apabila tular sebuah gambar di mana kebanyakan pemengaruh media sosial sanggup membuat ‘live’ di tepi jalan.

Apa yang lebih menarik adalah, mereka mensasarkan kejiranan kaya untuk mendapatkan sedekah daripada golongan elit.

Situasi ini dipaparkan menerusi ciapan Naomi Wu yang menulis di laman Twitter beliau bahawa para pemengaruh media sosial kini berkumpul di kejiranan kaya untuk mengharapkan sedekah ‘gift’ daripada mereka.

“Apa yang berlaku ini adalah mereka memainkan ciri lokasi. Platform penstriman membolehkan pengguna mencari lokasi – kejiranan yang lebih kaya bermakna derma yang lebih tinggi,” katanya di laman Twitter.

Naomi menambah bahawa wanita-wanita ini perlu bijak dan perlu mempunyai bakat yang terpendam untuk memberi kesan kepada siaran langsung mereka.

Selain itu, beliau turut memuji wanita-wanita ini kerana sanggup turun ke jalan raya bagi menambah rezeki dan pendapatan mereka.

“Jika ada gadis yang hanya fikir dia boleh tinggal di rumah dan buat duit, gadis lain akan turun ke jalan untuk mendapat kelebihan.

“Anda juga perlu bijak dan mempunyai bakat- menyanyi, melukis. Cantik itu mudah,” katanya.

Walaupun aktiviti ini mendapat kecaman daripada pengguna media sosial di China, bagi Noami, ini adalah cara pemengaruh di sana untuk melawan negara mereka yang tidak meraikan budaya kreatif.