Adakah anda meminati kumpulan K-Pop terkenal BTS? Kami pasti anda sememangnya sudah cukup kenal dengan nama Jimin, atau nama sebenarnya Park Ji-min, 26 tahun, salah seorang ahli kumpulan BTS.

Memiliki rupa paras yang kacak dan kulit putih gebu, siapa sahaja pasti akan teruja setelah melihat wajah tampan Jimin, kaum wanita terutamanya. Selain peminat wanita, Jimin juga dikatakan mempunyai peminat lelaki di serata dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CMCId1sJt1i/?utm_source=ig_web_copy_link

Menariknya, peminat lelaki Jimin yang satu ini juga merupakan seorang influencer media sosial di United Kingdom bernama Oil London dilaporkan sanggup menghabiskan $150,000 (RM623,000) semata-mata untuk menjalani pembedahan plastik demi kelihatan kacak persis Jimin.

Menerusi temu bual di Barcoft TV, Oil mendedahkan di mana beliau mula mengubah suai rupanya untuk kelihatan tampan persis Jimin sejak 2018 yang lalu. Susulan itu, Oil mula dikenali ramai selepas menampilkan dirinya menerusi pelbagai program televisyen termasuk di Amerika Syarikat.

“Saya tidak merancang untuk menukar status bangsa kerana mahu menghormati budaya orang Korea.

“Umum mengetahui bahawa Korea sangat terkenal dengan pembedahan plastik dan apa yang saya lakukan ini hanyalah sekadar untuk menghayati dan menghormati budaya orang Korea, bukannya cultural appropiation,” kata Oil seperti dilaporkan Harian Metro.

ctclqp6sreb41
Oil London sebelum dan selepas. Kredit: Reddit

Bagi anda yang tidak mesra dengan terma cultural appropriation, terma ini bermaksud pengambilan budaya di mana ia berlaku apabila sesuatu budaya digunakan di luar konteks asalnya dan tanpa mengetahui maksud disebalik budaya itu sendiri. Contohnya seperti memakai pakaian tradisional sesuatu kaum untuk tujuan yang berlainan daripada budaya asal.

Dalam kes ini, Oil difahamkan cuma mahu menghayati budaya orang Korea yang rata-rata mereka sudahpun membudayakan amalan pembedahan plastik di negara itu. Oil turut berkata bahawa setakat ini beliau sudah menjalani 15 pembedahan untuk merealisasikan impiannya untuk kelihatan seperti Jimin.

“Jika anda lihat gambar saya dan Jimin, kami kelihatan seperti memiliki persamaan,” katanya.

jimin-oli-london
Persamaan Jimin dan Oil London. Sumber: Karet News

Untuk rekod, Oil London kini sudahpun terkenal dalam kalangan peminat K-Pop dan telah melancarkan lagunya, Christmas in Korea. Beliau juga berjaya memiliki 427,000 pengikut di TikTok dan 28,600 subscribers di saluran YouTube miliknya.

Pelakon wanita Korea Song Hye-kyo digelar ikon ‘natural beauty’ kerana tidak pernah melakukan pembedahan plastik. Baca lagi menerusi klik pada pautan di bawah.

Benarkah Ikon ‘Natural Beauty’, Song Hye-kyo Tidak Pernah Lakukan Pembedahan Plastik?

Dijadikan Bahan Jenaka Semasa Temuduga, Lelaki Ini Ubah Wajah Supaya Kelihatan Kacak

Netizen Terkejut Dengan Perubahan Drastik Wajah ‘Hidayah’ DaebaKing Yang Semakin Menawan

Sumber