Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan beberapa kes individu menyalahgunakan kebenaran merentas negeri yang telah diberikan. Malah, Neelofa dan pasangan pun tidak terlepas melakukan kesalahan tersebut dan telah dikenakan kompaun.

Terbaharu, usahawan muda yang juga selebriti media sosial, Hafiz Mahamad telah muatnaik sebuah video berkaitan alasan-alasan untuk merentas negeri sempena Aidilfitri yang orang ramai boleh ‘relate’.

Video tersebut yang memaparkan Hafiz cuba untuk merentas negeri dihalang oleh 2 pegawai polis dan seorang tentera ketika sekatan jalanraya lalu memberikan beberapa ‘alasan’ untuk lepas sekatan.

Walaupun video tersebut seperti memperli tindakan beberapa individu yang menyalahgunakan kebenaran merentas negeri demi kepentingan diri sendiri tetapi tetap mendapat kecaman netizen.

Mana tidaknya, ramai persoalkan apabila anggota polis sebenar membuat kemunculan dalam video itu. Malah, ada juga yang mempersoalkan Hafiz sama ada beliau sudah mendapat kebenaran daripada pasukan PRO Polis DiRaja Malaysia untuk hasilkan konten ini.

Untuk pengetahuan anda, jika produksi luar mahu gunakan khidmat atau melibatkan anggota polis dalam video penggambaran, maka pihak produksi kena minta kebenaran daripada PRO. Malah, prosesnya juga lama kerana skrip, babak dan storyboard perlu ditapis pihak PRO terlebih dahulu.

Para netizen turut mengatakan video tersebut tidak sensitif dan membuatkan ramai berasa sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung. Bukan itu sahaja, tindakan Hafiz yang tidak memakai pelitup muka turut dipersoalkan netizen kerana telah melanggar SOP. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Tahukah anda bahawa video yang dibuat Hafiz sebelum ini pernah tular hingga ke Indonesia? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Tular Hingga Ke Seberang, Netizen Indonesia Turut Tidak Senang Dengan Video ‘Instafamous’ Terkenal

Wanita Ini Terkilan Hasrat Rentas Negeri Untuk Bantu Ayah Terbantut Kerana ‘Bukti Tidak Kukuh’

SOP Diperketat, Kebenaran Rentas Negeri ‘Bersebab’ Hanya Dibenarkan Dari Isnin Hingga Khamis

Anda Mungkin Suka