Sebut mengenai instagram influencer pasti ramai yang mengingatkan mereka merupakan individu yang berpengaruh berdasarkan jumlah pengikut yang ramai.

Walau bagaimanapun, trend instagram influencer ini dilihat ‘mati’ selepas kehadiran mereka gagal memberi impak yang besar meskipun mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BzYqIS5Hjbe/

Sebelum ini instagram influencer @arii dengan jumlah pengikut 2.6 juta followers dilaporkan gagal untuk menjual produk pakaian keluarannya dimana jumlah yang dijual cuma 36 unit.

Kisah ini turut terjadi di Malaysia dimana beberapa influencer sekadar mempunyai jumlah pengikut yang ramai namun gagal memasarkan produk dengan efektif.

Lebih parah, menurut laporan ramai influencer di Malaysia sanggup menggunakan servis follower palsu semata-mata untuk kelihatan ‘famous’ di Instagram. Malah, jumlah likes yang diterima menerusi peratusan jumlah follower juga dilihat menurun berbanding tahun lalu.

Melihat kepada trend semasa, mungkin instagram influencer perlu hadir dengan teknik pemasaran terbaru buat diri mereka untuk terus kekal releven.