Sekiranya anda percaya influencers di media sosial semuanya cantik belaka, anda pasti akan ‘terkejut’ dengan pendedahan influencers dari China ini.

Di dunia digital ini, majoriti gambar telah disunting untuk menjadikan gambar tersebut ‘sempurna’ untuk dimuat naik di media sosial. Namun, ada juga yang menyunting gambar dengan melampau sehingga hilang bentuk asal gambar yang dirakam.

Itulah yang terjadi di China. Dua influencers ini dengan berani mendedahkan realiti sebenar sebahagian pengguna sosial media di negara tersebut yang bergantung dengan gambar Photoshop melampau untuk mengumpul pengikut.

Mereka berani berbuat demikian kerana tiada siapa mengenali mereka di dunia sebenar. Apa yang ditonjolkan di media sosial adalah diri mereka yang dimanipulasi. Jadi, mereka bebas menjadi siapa sahaja yang mereka mahu.

edit both pic

Dalam kes dua individu ini, mereka menyunting gambar supaya nampak lebih kurus dengan wajah yang cengkung. Dalam penerangan mereka di sebuah laman sosial di China, mereka berasa tidak selesa apabila gambar behind the scene di set penggambaran disebarkan di internet. Justeru itu, mereka ‘keluar’ dari zon selesa dan berkongsikan realiti sebenar kehidupan mereka.

Mereka berdua kemudiannya berkongsi lebih banyak gambar before & after gambar rakaman sebelum ini dan setiap gambar memang sudah disunting dengan sangat heavy sehingga ‘hilang’ wajah asal mereka.

Mereka berkata ramai lagi selebriti sosial media di negara tersebut yang ‘menipu’ gambar mereka untuk mendapat pengikut di sosial media. Cuma mereka malu untuk orang ramai mengetahui perkara tersebut.

Pendedahan mereka itu ternyata mengejutkan pengguna media sosial namun ada yang juga yang tidak terkejut dan mengatakan perkara berkenaan boleh sahaja berlaku di mana-mana sahaja dalam dunia digital ketika ini.

Selepas ini jika anda melihat gadis cantik di sosial media terutamanya dari China, anda mungkin perlu selidik lebih lanjut sama ada itu natural beauty mereka atau sekadar cantik di media sosial.

Ini pula beberapa kes ‘menipu’ lain yang tular di media sosial. Baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.

Lelaki Ini Berjaya Menipu Google Maps Dengan Menghasilkan ‘Traffic Jam’ Palsu

Cubaan Wanita Ini Untuk ‘Menipu’ Majikan Akhirnya Menjadi Bahan Tawa Netizen

Lelaki Ini ‘Kantoi’ Menipu Kerana Inginkan Perhatian Netizen Di Twitter

Sumber