Teruja untuk cuba pengalaman kembara yang mencabar di Afghanistan, nah! Di sini kami kongsikan lagi beberapa info bonus buat anda yang mahu travel ke sana.

Afghanistan sememangnya destinasi yang cukup menarik untuk dimasukkan ke dalam ‘senarai bakul’ anda, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ya! Jika berpeluang, ia memang tidak patut dilepaskan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

vocket-afghanistan

Saya menerima beberapa pertanyaan berkaitan situasi, kemudahan dan cadangan. Jadi saya kongsikan semuanya dalam senarai ini supaya anda boleh buat persiapan sebaiknya sebelum ke sana.

1. Internet

Zaman sekarang ini internet memang penting sungguh terutama untuk mendapatkan informasi dan maklumat. Di Afghanistan anda jangan risau tentang masalah ini.

Afghanistan saya kira mempunyai sambungan internet yang cukup baik walaupun ramai yang beranggapan Afghanistan adalah negara no 1 kelajuan internet paling lambat di dunia.

Untuk aktifkan sambungan internet pada telefon pintar anda, anda boleh dapatkan simcard tempatan. Banyak jenis syarikat telco yang anda boleh pilih. Di sana saya guna simcard ‘Roshan’, sambungan internet sangat baik walaupun di luar kawasan bandar.

Harga untuk 2 GB adalah 450 afghani, harga ini tidak termasuk cukai kerajaan. Untuk topup prepaid juga sangat mudah didapati di mana-mana. Memang disyorkan!

2. Makanan

Sebelum ke sana saya risau juga pasal makan, hehe. Di Afghanistan banyak kedai makan terutama kedai menjual roti. Roti di Afghanistan ala-ala roti tempayan, memang besar. Harga pula hanya 10 afghani untuk sekeping roti.

Kalau sudah jemu makan roti anda boleh cuba ‘burger ayam’ versi Afghanistan. Memang jauh sungguh bezanya dengan burger yang biasa anda makan di Malaysia. Burger ayam di Afghanistan disediakan dalam set roti (dodey), ayam goreng (separuh bahagian), kentang goreng dan sayur. Memang kenyang, harga burger ayam ini sekitar 230-250 afghani.

3. Penginapan

Untuk jimat kos, anda boleh cari hotel-hotel murah tetapi biasanya di kawasan bandar sahaja seperti Kabul. Ada hotel first class, boleh semak di laman Booking.com, tetapi harga agak mahal. Pilihan bergantung kepada diri anda sendiri atau boleh juga cuba cari host di laman Couchsurfing, lebih jimat bukan?

masjid-di-kabul

4. Masjid

Untuk mereka yang beragama islam jangan risau tanggungjawab mengerjakan solat, di Afghanistan tempat solat memang banyak. Di mana-mana sahaja ada, cuma kadang anda kena lihat betul-betul. Biasanya di celah-celah bangunan pun ada, tidak semestinya masjid berkubah, di diretan bangunan juga selalunya ada Masjid.

Boleh bertanya orang tempatan, majoriti semuanya beragama islam di sini. Oh ya, di Kabul juga ada satu masjid Syiah’ jadi anda boleh peka sedikit tentang isu ini.

5. Tandas

Di Afghanistan memang susah mahu jumpa tandas awam. Berdasarkan pengalaman, saya belum jumpa lagi. Ada juga segelintir mereka yang buat ‘Open Toilet’, tapi kalau tiba-tiba rasa berhajat boleh cuba cari di stesen minyak.

6. Gambar

Sewaktu travel kalau boleh semua tempat mahu bergambar betul tak? Bukan senang nak dapat peluang ke tempat orang, gambar lah diantara objek yang menjadi tempat menyimpan memori.

Tips untuk ambil gambar, seeloknya bertanya dahulu kepada tuan badan jika anda mahu mengambil gambar mereka. Jangan risau, kebanyakkan daripada mereka memang sangat sporting. Dan jangan sesekali mengambil gambar wanita, ini perkara yang sangat sensitif di sana.

7. Suasana

Ketika mula sampai di tempat destinasi, apa kata anda ambil sedikit masa untuk sesuaikan mood dengan keadaan disekeliling. Tempat tumpuan biasanya selalu sesak, jalan pula boleh dikatakan berdebu teruk.

Biasanya di tempat yang keadaannya sebegini, saya akan memakai face mask tetapi pernah diberi amaran oleh orang tempatan supaya tanggalkan face mask. Anda boleh guna cara ke dua iaitu bawa sapu tangan untuk tutup hidung.

Bersedia juga, silap hari bulan boleh bawa penyakit batuk-batuk.

superkola-afghanistan

8. Urusan Jual Beli

Kebanyakkan orang Afghanistan kurang fasih berbahasa inggeris, jadi memang sukar untuk buat urusan jual beli. Apa yang saya lakukan untuk atasi masalah ini?

1- Saya anggarkan berapa harga dan bagi sahaja wang, contoh anggaran saya 10 afghanis, jadi saya bagi sahaja 50 afghanis dan lihat berapa pulangan baki. Selepas ini saya boleh agak berapa harga untuk barangan jenis seperti ini.

2-  Guna aplikasi tukaran mata wang seperti XE Currency Converter atau kalkulator, taip sahaja berapa harga barangan yang ingin dibeli.

3-  Guna pen dan kertas. Kalau boleh cuba kenal juga abjad arab dari angka 1 – 10.

9. Bawa Ubat

Yang ini penting, kalau boleh bawa ubat ke mana sahaja negara yang anda ingin pergi sebagai persiapan kepada perkara yang tidak diduga terutama demam, cirit birit, dan muntah-muntah.

Saya pernah demam dan muntah-muntah ketika travel di Afghanistan. Mungkin faktor makanan. Oh ya, travel insuran jangan lupa.

10. Cuaca

Kaji dulu tentang suhu atau cuaca di lokasi yang ingin anda pergi. Di Afghanistan cuaca berbeza-beza. Contohnya di Kabul suhu sangat sejuk, tetapi di Jalalabad cuaca sangat panas dan Herat pula lebih sejuk dari Kabul.

Pastikan set pakaian anda semunya lengkap baru seronok travel, tidaklah anda berperang dengan cuaca nanti.

Baca juga: Tips Keselamatan Ketika Travel Ke Afghanistan