Sebanyak 7,468 kes keganasan rumah tangga direkodkan pada tahun lalu, berbanding 5,260 pada 2020. Isu keganasan rumah tangga ini perlu dipandang serius oleh semua pihak.

Semalam tular sebuah video memaparkan seorang lelaki telah menyiku wanita dipercayai isterinya sebanyak dua kali ketika sedang menunggang motosikal. Aksi tersebut dirakam dengan ‘dashcam’ sebuah kereta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dapat dilihat, wanita itu disiku di bahagian muka dan seorang budak dipercayai anak mereka turut berada di tengah. Perkongsian video tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut melihat kejadian tersebut.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut berasa geram dan mahu membuat aduan polis berhubung isu tersebut. Malah, para netizen juga menasihati mereka yang terlibat dalam keganasan rumah tangga untuk bangkit dan selamatkan diri mereka agar tidak berterusan menjadi mangsa.

https://twitter.com/cardiosucx/status/1515703764962799616

Segelintir netizen juga mengatakan video-video seperti ini membuatkan mereka berasa takut untuk kahwin dan terlibat dalam keganasan rumah tangga. Diharap wanita dan anaknya itu selamat.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Diminta Cepatkan Pembayaran, Tengku Zafrul Umum Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Dibayar Mulai Hari Ini

Buat Tempahan Berbuka, Peniaga Ini Kecewa Pelanggan Tidak Datang Raih Simpati Netizen