Setiap pasangan pastinya mempunyai cara tersendiri dalam mempamerkan cinta mereka kepada pasangan. Dalam pada itu, terdapat individu yang sanggup mengambil cara yang salah dalam memaparkan nombor pendaftaran ‘fancy’ yang seolah-olah mencerminkan nama isteri masing-masing.

Situasi ini nampaknya telah terjadi di Kuala Terengganu apabila dua pemilik kenderaan pelbagai jenis (MPV) ditahan pihak polis dalam sekatan jalan raya di Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang berhampiran Padang Midin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan keuda-dua MPV tersebut merupakan model Toyota Alphard di mana masing-masing dikesan menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ yang seolah memaparkan nama MIRA dan DINA sekaligus tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, kenderaan jenis Toyota Alpard pertama dengan nombor pendaftaran MIRA ditahan pada pukul 3.24 petang.

Sumber: Facebook Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik JSPT Terengganu

Beliau berkata, kenderaan kedua daripada jenis sama pula didapati memakai nombor pendaftaran DINA dalam sekatan jalan raya sama 10 minit kemudian.

“Kedua-dua pemilik kenderaan itu memberi alasan menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ berkenaan untuk mendedikasikannya kepada isteri masing-masing.

“Mereka mendakwa teruja baharu memiliki MPV berkenaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya di sini hari ini.

Ismail memaklumkan alasan yang diberikan tidak boleh diterima dan kedua-dua MPV itu telah ditahan untuk tindakan lanjut. Jelas beliau, pemasangan nombor pendaftaran ‘fancy’ terbabit boleh dianggap mahu memperdaya pihak berkuasa dan menyalahi Seksyen 108 (3)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Denda antara RM5,000 dan RM20,000 atau penjara antara setahun dan lima tahun atau kedua-dua boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

Pihak JSPT Terengganu turut mengingatkan pengguna agar undang-undang jalan raya perlu dipatuhi walaupun kita ghairah menyambut bulan Syawal.

Tular pada minggu ini apabila Joe Flizzow memberi amaran keras melarang orang ramai memakai baju melayu bersama sneakers.

‘Kalau Jumpa, Gua Rembat Lu’ – Joe Flizzow Larang Pakai Baju Melayu Dengan Sneakers

‘Mintalah Pada Allah’ – Respon Guru Ini Selepas Rampas Telefon Pelajar Undang Perdebatan Netizen

Sumber