JIka di bandar-bandar, bahagian dapur sesebuah rumah kebanyakannya terletak di bahagian belakang dan sering terlindung daripada pemandangan apatah lagi dapat dilihat dari tepi jalan.

Bagaimanapun, jika di kampung-kampung, kawasan dapur ini boleh sahaja berada di bahagian mana-mana dan kadang kalanya dapat dilihat daripada tepi jalan seperti yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook,seperti dikongsikan portal media ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berkongsi kisah lucunya tersalah masuk dapur rumah orang tersebut, Mohd Kharbi berkata ia berlaku selepas beliau melakukan aktiviti mengayuh basikal baru-baru ini di Terengganu.

Kejadian itu menurut perkongsian yang dibuat di grup Facebook My Kayuh itu berlaku kerana ciri-ciri rumah tersebut tidak ubah seperti sebuah kedai makan.

1 (1)
Tangkap layar perkongsian Mohd Kharbi yang tular (SUMBER GAMBAR: SOSIAL MEDIA)

“Ini dapur tapi dekat bahagian hadapan, terbuka pula tu.

“Ada meja makan kayu, sebiji macam kedai ada 2-3 orang tengah makan.

Disebabkan keadaan tersebut, beliau kemudiannya terus memesan nasi dagang daripada pemilik rumah itu kerana menyangkakan ia adalah sebuah kedai makan.

Tambah menarik layanan yang diberikan oleh pemilik dapur tersebut menurutnya tidak ubah seperti di kedai di mana nasinya dihidangkan dan disendukkan seperti yang diminta beliau.

“Bila nak balik tu tanya la berapa? itu yang dia cakap tak payah bayar, bukannya kedai.

“Terasa juga macam mafia (penjahat) bila tahu itu rumah bukannya kedai,” jelasnya ketika menjawab pertanyaan netizen bagaimana kejadian tersebut berlaku.

Berikut adalah perkongsian penuh bagaimana kejadian tersebut berlaku menerusi hantaran yang dibuat beliau sebelum ini yang kini tular di media sosial.

EeRFZJRUwAEpvBu
Perkongsian Penuh Kejadian (SUMBER GAMBAR: MEDIA SOSIAL)

Perkongsian yang dibuat beliau itu yang tular di media sosial itu berjaya membuat netizen terhibur dengan rata-rata tidak dapat menahan ketawa membaca kisah tersebut.

“Hahaha ini kelakar, tapi memang sempoi lah tuan rumah ini,”

“Boleh pula kebetulan order nasi dagang ada, haha tak apa bang kira rezeki orang musafir tu,” tulis netizen di perkongsian tersebut.

Baca juga kisah lelaki ini yang ditegur polis ketika cuba bergambar OOTD bersama kasut berlampu miliknya baru-baru ini. 

Ditegur Polis Ketika Sedang Bergambar, Telatah Lelaki Ini Undang Ketawa Netizen

‘Tengok Drama Korea Dan Tidur’-Jawapan Jujur Pelajar Ini Undang Ketawa Netizen

‘Ali Awak Buat Apa Ali?’- Telatah Wartawan TV3 Ditegur Cikgu Ini Buat Netizen Tergelak

Sumber