Umum mengetahui bahawa vape dijual dengan pelbagai perisa dan bentuk untuk menarik perhatian para penggunanya agar membeli ia walaupun membahayakan kesihatan.

Terbaharu, dapat dilihat di TikTok beberapa pengguna berkongsi video mengatakan mereka membeli vape comel seperti permainan dan sanggup mencari kedai yang memiliki stok vape tersebut walaupun tidak menghisap vape tetapi hanya disebabkan ia comel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@mesyamina

comelnyaaaaa 😍 #tigerpod #comel #fyp

♬ Spooky comedy-like pop – SOUND BANK

@

♬ –

Hal ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat kerana penjualan vape dalam bentuk menarik seperti permainan ini akan menarik minat mereka yang bukan perokok membelinya.

Malah, segelintir netizen juga berpendapat jika hal ini dibiarkan berterusan maka dibimbangi akan mempengaruhi ramai orang sehingga membuatkan ramai orang cuba untuk merokok dengan vape.

@deathhakka_syam

Hukum v@pe sama mcm mer0kok..HARAM..Dh smcm satu trend plk. V@pe ada dlm pelbagai btk, saiz n warna. Yg tak masuk akalnya, v@pe pod dlm design yg seakan sama dgn btk mainan ataupun jajan kanak². Seolah² ingin menarik golongan wanita, remaja n kanak² ini mdekati v@pe. Diharapkn pihak bkuasa mgambil tindakan keras utk ban #tigerpod v@pe ini dlm pasaran Malaysia. cc : YB @fadhlinasidek YB @aspirasifuziahsalleh YB @drzalihamustafa #KPM #KPDN #KKM

♬ –

Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan kini ada pelajar sekolah tanpa rasa bersalah sudah mula menghisap vape walaupun ianya satu tindakan yang salah dari segi undang-undang.