Pagi tadi, lukisan mural imej beberapa pemimpin negara yang tular sebelum ini di Shah Alam dilaporkan telah dicemari dengan perbuatan vandalisme oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Perkara itu dikongsikan netizen sejak pagi tadi di media sosial yang menunjukkan sebahagian daripada lukisan itu diconteng dengan semburan cat berwarna merah serta perkataan kesat yang turut kelihatan di dinding tersebut.

https://twitter.com/amrlfazreq/status/1285114304681766912

Dalam perkembangan terbaru, seorang pengguna Twitter, amrlfazreq telah berkongsikan rakaman litar tertutup CCTV ketika kejadian itu berlaku. Walaupun rakaman tersebut bukan dalam resolusi tinggi, tetapi ia sedikit sebanyak memperlihatkan susuk tubuh pelaku yang membuat onar pada lukisan tersebut.

Ketika ramai yang beranggapan perbuatan berkenaan dilakukan oleh individu lelaki, rata-rata netizen terkejut rupanya perbuatan tersebut dilakukan oleh dua orang wanita (berdasarkan rakaman CCTV tersebut).

https://twitter.com/Carl_Adamz/status/1285131086150791168

Orang ramai berkata rakaman CCTV ini sedikit sebanyak dapat membantu siasatan kerana gabungan daripada CCTV di premis lain yang berdekatan pasti akan membantu pihak berkuasa memberkas dua pelaku ini dengan pantas.

Susulan daripada kes conteng ini, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengecat semula dinding berkenaan kepada warna putih. Salah seorang pelukis mural berkenaan, Suhaimi Ali meluahkan rasa ‘kecewa’ beliau dengan perbuatan itu di laman Facebook.

“Di Sini saya ucapkan terima kasih sebab support bakat saya. Saya minta maaf, tiada lagi mural di U12 untuk orang datang bergambar. ‘Hero Is Gone,” tulis Suhaimi.

Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana artis seperti Suhaimi telah meluangkan masa yang lama untuk menyiapkan mural yang hebat ini untuk rakyat Malaysia. Semoga pelaku akan dikenakan hukuman yang berat.

Netizen risau apabila melihat wanita dengan gelang ini yang sepatutnya masih berada dalam tempoh kuarantin boleh berada di kedai makan tanpa rasa bersalah. Baca pada pautan di bawah.

Keluar Makan Bersama Gelang Kuarantin, Tindakan Wanita Ini Buat Netizen Risau

Rakyat Malaysia Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin

Mural Pemimpin Negara Di Shah Alam Diconteng, Kini Ditutup Buat Tatapan Umum