BoBoiBoy adalah antara siri animasi yang digemari semua lapisan umur dan setiap karakter dalam siri itu memiliki populariti serta kelebihan mereka tersendiri.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @mamaell0 telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan dirinya cuba tiru suara BoBoiBoy di sebuah kedai makan apabila rakannya meminta untuk meniru suara BoBoiBoy.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@ellisda.mia

boboiboy blur HAHAHA

♬ original sound – step mom <3 - B0boiBoŷ copyori

Menerusi video terbabit, dapat dilihat gadis tersebut dengan tenang meniru suara BoBoiBoy dan reaksinya yang ‘blur’ pada akhir video lalu membuatkan ramai tertawa.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji bakat gadis tersebut meniru suara BoBoiBoy yang boleh dikatakan sudah hampir sama suaranya dengan pelakon suara BoBoiBoy.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menyangka bahawa gadis terbabit adalah pelakon suara BoBoiBoy. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 3 juta tontonan dan lebih 300 ribu tanda suka.

Untuk pengetahuan anda, Nur Fathiah Diaz adalah pelakon suara watak BoBoiBoy dan sebelum ini, beliau juga pernah menyumbangkan suaranya untuk animasi Upin Ipin selama tiga musim.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Selamba Bawa Cermin Sisi Motosikal Ke Sekolah, Gelagat ‘Rare’ Murid Ini Buat Netizen Terhibur

Pandu Lamborghini Dan Tidak Berkira, Siapa Sebenarnya ‘Sultan Pemurah’ Di TikTok?