Mencari kafe untuk dikunjungi kadangkala memerlukan masa dan tenaga. Apa kata anda cuba kunjungi kafe Kleptokrat yang akan memberikan anda 1001 kenangan terindah bersama rakan atau keluarga.

Terletak di Jalan Tun HS Lee Kuala Lumpur, Cafe Kleptokrat ini menawarkan anda pengalaman makan seperti berada di rumah. Nampak cliche tapi pada awalnya anda akan menyangka kafe ini sebenarnya rumah bukanlah sebuah kafe.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang membuatkan kafe ini unik, dekorasi yang digunakan menggunakan struktur asal bangunan iaitu rumah kedai dimana menonjolkan ‘vibes’ dan mengimbau nostalgia zaman dahulu.

Lebih menarik, terdapat kolam renang di dalam kafe ini yang akan membuatkan anda berasa seperti sedang bercuti di villa privasi atau pun sedang berehat di rumah.

https://www.instagram.com/p/CGRZyiYJ_Hc/

Kafe ini hadir dengan pelbagai jenis makanan yang pastinya akan membangkitkan selera anda dan buat anda keliru mahu membuat pesanan. Buat anda yang mahu terjah ke kafe ini, ia dibuka setiap hari pada jam 8 pagi hingga 8 malam kecuali hujung minggu pada jam 8 pagi hingga 11 malam. Bolehlah lepas ini ke sini!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa kafe menarik untuk anda cuba pada pautan di bawah ini.

Bawa Konsep Kedai Buku Jepun, Kafe ‘Rahsia’ Di Klang Ini Bakal Jadi Tempat Lepak Anda

Disangka Kilang, Ini Kafe ‘Rare’ Berkonsepkan Industrial Bakal Jadi Port Lepak Anda

‘View’ Cantik Dan Suasana Romantik, Kafe Di Bukit Ampang Ini Bakal Jadi Tumpuan Ramai