Mengambil gambar ketika bercuti adalah perkara yang wajib dilakukan oleh setiap dari kita tanpa mengira di mana destinasinya sama ada dalam dan luar negara.
Namun, suasana akan menjadi sedikit sukar apabila ingin mengambil group photo dan semua orang ingin berada dalam gambar bagi mengabdikan kenangan bersama.
Biasanya kita akan meminta sesiapa sahaja yang berada di situ ataupun mereka yang lalu lalang untuk mengambil group photo dan kualiti gambar yang diambil kebanyakannya kurang memuaskan.
Tetapi kali ini pengalaman berbeza pula dilalui oleh seorang pengguna Twitter @epathekiddo yang meminta seorang pak cik mengambil gambar mereka ketika sedang bercuti baru-baru ini.
Pakcik ni kiteorang ingat beshe beshe je . Then time kami nak begambar dia mintak nak tolong amekkan suddenly dia bukak topi dia , kiteorang pelik la kan . Then die keluarkan daun bentuk love yang dia buat sendiri , and look how the picture jadik , nice weh and cute gila kan 🥺♥️ pic.twitter.com/5G5dDrbJ9o
— ëpä 🍕 (@epathekiddo) January 14, 2020
Manakan tidak berbeza, pak cik tersebut yang hanya bekerja sebagai tukang sapu mengambil inisiatif menggunakan prop tambahan yang diperbuat dari daun berbentuk love semata-mata untuk mengambil gambar mereka.

Foto: epathekiddo twitter
Siapa yang tidak terkejut kan bila orang yang tidak kita kenali dan nampak ‘beshe-beshe‘ mampu untuk mengambil gambar secantik ini kan?
Seorang netizen yang membalas ciapan tersebut juga turut berkongsi pengalamannya dengan pak cik tersebut.
ye duhh. ktorang pun jumpa pakcik ni. masatu lepak2 kt bawah, dia datang offer nak tangkap gambar 🥰 pic.twitter.com/Nm6RqwwfK1
— yana (@_liyanaanr) January 15, 2020
Sama la kita Hahaha… Viral plak pkck nie.. Btw nma pkck Abdul rahman umur dia 70 lbih… Melayu siam… pic.twitter.com/pSP7p9GXDH
— Amirul Syafiq (@amirulsyafiq98_) January 15, 2020
Jadi kepada anda yang nak mengambil gambar kenang-kenangan selepas ini boleh lah tiru cara pak cik ni ambil gambar.
Selain menggunakan daun, anda juga boleh membaca tips bagaimana untuk mengambil gambar dengan lebih baik ketika melancong seperti yang kami kongsikan sebelum ini. Klik pautan untuk baca.
Perkampungan Di Austria Ini Bakal Hadkan Pengunjung Selepas Dibanjiri Peminat Frozen
AirAsia Tawar Diskaun Tiket Penerbangan Sempena Tahun Baru Cina
- SUMBER