Malaysia dijangka akan menerima vaksin COVID-19 tidak lama lagi. Meskipun rata-rata dalam kalangan rakyat Malaysia memang sudah menantikan kehadiran vaksin tersebut, masih ada dari kalangan masyarakat yang menolaknya.

Ekoran stigma yang sering menyelubungi vaksin COVID-19, telah banyak usaha yang dilakukan untuk menghilangkan fahaman yang salah mengenai vaksin tersebut yang secara tidak langsung telah menanamkan rasa takut pada sesetengah rakyat Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi memerangi stigma, persatuan Sabah English Society (Seas) baru-baru ini telah mengadakan sebuah pertandingan pengucapan awam (public speaking) secara virtual bersama pelajar sekolah di Sabah yang berumur sekitar 12 dan 13 tahun mengenai keraguan terhadap vaksin.

Pertandingan yang diberi nama 4SY tersebut merupakan sebuah inisiatif yang dibuat oleh Dr Zainab Kassim dan suaminya Dr Burhanuddin yang berpangkalan di London, United Kingdom. Pasangan ini juga merupakan orang penting untuk persatuan Seas dan telah membantu anak Sabah untuk meningkatkan kemahiran berbahsa inggeris dalam kalangan pelajar.

20210202_virtual_public_speaking_02
DR ZAINAB DAN DR BURHANUDDIN. SUMBER: MALAYMAIL

Pelajar yang menyertai pertandingan tersebut dikehendaki untuk menghantar video berdurasi empat minit yang mengandungi ucapan mereka tentang kepentingan vaksin serta menidakkan maklumat yang salah mengenai vaksin tersebut yang sering dijumpai di media sosial.

Pertandingan tersebut telah dinilai oleh pakar perunding pediatrik dan pakar neotologi, Datuk Dr Musa Mohd Nordin. Berdasarkan video yang telah dihantar dan dinilai, 3 dari peserta telah dipilih sebagai finalis kerana berjaya memberikan ucapan yang padat dengan maklumat yang ingin disampaikan.

photo_2021-02-03_11-29-20
SUMBER: SABAH ENGLISH ASPIRATION SOCIETY

Disamping itu, Dr Musa turut memberikan pujian ke atas inisiatif ini. Menurut Dr Musa, inisiatif ini merupakan car yang bijak dalam menangangi masalah stigma yang menyelubungi vaksin COVID-19.

Beliau juga memberikan pujian kepada Dr Zainab yang juga merupakan seorang pakar neotologi dan Dr Burhanuddin yang merupakan pakar bedah ortopedik.

Diharapkan pertandingan seperti ini boleh menghilangkan rasa takut sesetengah pihak mengenai vaksin serta boleh menghentikan informasi yang salah dari disebarkan secara meluas di media sosial.

Baca juga perkongsian kami mengenai vaksin COVID-19 melalui pautan di bawah.

Vaksin COVID-19, Kerajaan Tanggung Kos RM77.35 Bagi Setiap Rakyat Malaysia

Berjimat Atau Kedekut? Israel Hanya Beri 5,000 Dos Vaksin COVID-19 Kepada Palestin

 


				
Sumber