Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telahpun dilaksanakan semula di 6 buah negeri. Oleh itu, pastinya ramai dari anda yang mencari sumber hiburan untuk menceriakan hari dan menghilangkan rasa bosan di rumah,.

Kami faham perasaan anda jadi hari ini, kami kongsikan 5 K-Drama kelakar yang pastinya boleh membuatkan anda ketawa dan menghiburkan hati anda.

Kalau sebelum ini anda bukanlah seorang peminat drama Korea, mungkin pilihan drama dari kami ini boleh mengubah fikiran anda. Tanpa membuang masa, ayuh kita mulakan!

1. Welcome To Waikiki

Ditayangkan pada tahun 2018 akan tetapi, komedi yang disajikan tetap pasti akan menceriakan hari anda. Berkisarkan tentang jatuh bangun kehidupan 3 sahabat yang mempunyai bisnes penginapan bernama Waikiki.

Ketika sudah hampir muflis, keadaan jadi semakin kacau apabila seorang ibu tunggal datang bersama bayinya. Berlatarkan masalah kehidupan yang mungkin agak dekat dengan realiti kita, drama ini pastinya boleh membuatkan anda ketawa di samping memahami masalah yang dihadapi oleh setiap watak dari drama ini.

2. Mr. Queen

Drama seterusnya merupakan diantara drama terbaharu yang sering mendapat rating yang tinggi. Meskipun pada awalnya drama ini pernah terpalit kontroversi kerana watak utamanya adalah berdasarkan tokoh Korea yang betul, drama ini kini disambut baik oleh penonton kerana plotnya yang menarik.

Mr. Queen mengisahkan tentang seorang lelaki dari dunia moden yang terperangkap di dalam badan seorang permaisuri pada zaman dahulu. Katanya drama ini sangat unik dan kelakar, kalau anda tidak percaya dengan review yang diberikan, mungkin anda boleh tonton sendiri dan kongsikan pendapat anda?

3. Fight For My Way

Drama ini pula mengisahkan tentang persahabatan Ko Dong-man, seorang bekas atlet Taekwondo yang kini bekerja sebagai pembasmi serangga dan Choi Ae-ra, seorang gadis yang bercita-cita untuk menjadi pembaca berita.

Berlatarkan konsep klasik tentang percintaan diantara sahabat yang sudah berkawan lama, drama ini turut juga menunjukkan kepentingan mempunyai sebuah impian dan usaha untuk berjaya. Dibintangi Park Seo-joon dan Kim Ji-won, sama-samalah kita jatuh cinta dengan watak Dong-man dan Ae-ra yang pastinya boleh membuat anda tersenyum pada setiap episod!

4. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo

https://youtu.be/AMIStQUvc7s

Inginkan drama yang light dan tidak memeningkan kepala? Drama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo ini adalah drama yang tepat untuk anda!. Menceritakan tentang kisah cinta dan kehidupan para mahasiswa yang bersama-sama mengejar impian mereka untuk menjadi atlet.

Difahamkan, drama ini diinspirasikan dari kisah benar atlet angkat berat Korea Selatan bernama Jang Mi-ran. Kalau anda ingin mengimbau kembali zaman percintaan dan kehidupan di universiti, anda bolehlah tonton drama yang dibintangi Nam Joo-hyuk dan Lee Sung-kyung ini!

5. Oh My Venus

Musim PKP memang ramai betul yang berazam untuk menurunkan berat badan, kan? Tambahan lagi dengan azam tahun baru yang masih segar difikiran. Jadi, drama ini memang tepat untuk anda yang inginkan motivasi sambil bergelak ketawa.

Mengisahkan tentang Kang Joo-eun yang pada satu ketika dikenali sebagai Venus of Daegu kerana kecantikanya. Akan tetapi, beliau yang dulunya merupakan wanita tercantik kini telah berubah menjadi sebaliknya. Dengan bantuan Young-ho, seorang fitness trainer, Joo-eun berazam untuk mengembalikan kepercayaan diri dan juga menyembuhkan penyakitnya.

Perlaksanaan semula PKP sedikit sebanyak pastinya telah membuatkan kita menjadi sedih dan runsing. Diharapkan, pilihan drama ini boleh membuatkan anda tersenyum ketika menontonya. Ada drama lain yang kami terlepas pandang? Kongsikan!

Baca juga perkongsian kami yang lain tentang drama-drama Korea yang menarik yang anda boleh tonton sepanjang PKP ini. Klik sahaja pada pautan di bawah!

2021 Sudah Hampir Tiba, Ini 10 K-Drama Yang Bakal Menemui Anda Tahun Hadapan

Netflix Bakal Tawarkan Satu Filem Baharu Setiap Minggu Sepanjang 2021