Setiap hari kita akan membuat transaksi bank atau kad kredit/debit untuk segala urusan harian. Ada transaksi kita buat untuk simpanan, bayar bil bulanan dan ada yang kita buat untuk shopping.

Tahukah anda, bila anda membuat segala transaksi ini dengan CIMB, anda berpeluang untuk memenangi bonus wang tunai sehingga RM60,000? Wau!

Betul ke semudah itu? Ya, memang benar dan kami tahu anda pasti berminat untuk sertai kempen ini.

via GIPHY

Dari 1 Oktober 2020 hingga 31 Mac 2021, CIMB ingin memberi ganjaran yang awesome kepada pelanggan bertuah dengan bonus tunai sehingga RM60,000 serta faedah/keuntungan bonus sehingga 2% p.a menerusi kempen Bonus Booster!

Setiap bulan, bonus wang tunai sebanyak RM1,000 juga akan diberikan kepada 100 pelanggan yang terpilih. Lagi menarik sekiranya anda adalah antara 10 pemenang hadiah utama, anda akan menerima hadiah bonus tunai RM5,000 selama 12 bulan (bersamaan RM60,000)!

Bagaimana untuk sertai kempen ini? Senang sahaja!

pick me

1. Simpan wang di CIMB

Cara paling mudah untuk anda menyertai kempen. Anda hanya perlu simpan wang di akaun CIMB dengan penambahan simpananan sekurang-kurangnya RM500 sebulan secara tetap.

2. Jadikan CIMB akaun untuk terima gaji
salary

Tukar akaun CIMB sebagai akaun untuk terima gaji setiap bulan. Bila gaji masuk, terus ada entri untuk penyertaan anda bagi kempen Bonus Booster ini.

3. Guna CIMB Clicks untuk bayar bil anda

Setiap bayaran komitmen bulanan akan meningkatkan peluang anda menjadi salah seorang pemenang untuk kempen Bonus Booster ini. Jadi tidak perlu bermasam muka bila bermula setiap bulan. Mana tahu ada rezeki di sebalik komitmen bulanan anda ini.

4. Berbelanja dengan kad debit & kredit CIMB
debit card swipe

Sekarang ini kan lebih mudah untuk buat bayaran secara cashless. Jadi dengan setiap perbelanjaan kad debit atau kad kredit akan meningkatkan lagi peluang anda untuk jadi antara pemenang!

Bonus Booster 1
Simpan duit, terima gaji, bayar bil & berbelanja untuk menang hadiah. Simple!

Lebih banyak transaksi, lebih tinggi peluang untuk menang!

Setiap transaksi serta simpanan yang anda buat akan menambah entri supaya lebih cerah anda jadi salah seorang penerima Bonus Booster ini.

1. Peningkatan baki purata tambahan sebanyak RM500 setiap bulan
50 penyertaan dan Faedah/Keuntungan Bonus 0.20% p.a

2. Kemasukan gaji bulanan ke akaun simpanan CIMB
50 penyertaan dan Faedah/Keuntungan Bonus 1.00% p.a

3. Transaksi kad debit atau kad kredit
10 penyertaan dan Faedah/Keuntungan Bonus 0.40% p.a

4. Pembayaran bil melalui CIMB Clicks atau Pengebilan Auto kad debit/kredit
20 penyertaan dan Faedah/Keuntungan Bonus 0.40% p.a

Tunggu dulu!
CC Cover

Eksklusif untuk pemegang kad kredit CIMB! Jom bayar, main & menang pulangan tunai harian, hadiah misteri mingguan & entri bonus di Bonus Booster!

Hanya ikuti langkah ini:

1. Guna kad kredit CIMB anda untuk pembayaran e-dagang, e-wallet atau contactless payment (pembayaran tanpa sentuhan) dengan nilai minima RM100.

2. Anda akan terima personalised link secara SMS untuk bermain.

3. Klik pada link berkenaan & main untuk menangi pulangan tunai, hadiah misteri atau entri bonus!

Hadiah gempak menunggu! Antaranya, Nespresso Coffee Machine Nespresso Coffee Machine, Samsung Galaxy Watch, Apple iPad, Sharp Air Purifier, Sony Play Station 4, Xiaomi Robot Vacuum Cleaner dan banyak lagi. Klik di sini untuk lihat hadiah misteri apa yang ditawarkan minggu ini. Memang best!

Belum lagi pemegang kad kredit CIMB? Klik sini untuk memohon.

Jom Daftar Hari Ini!

daftar
Mudah sahaja guys

Caranya pun sangat mudah:

Hantar BC (6 nombor terakhir kad pengenalan anda) ke 62666. Contoh: BC 123456

Dan terus sahaja anda mula simpan dan berbelanja! Tetapi sekiranya anda mahu daftar secara dalam talian pun boleh. Klik di sini.

Online Image Form
Masukkan butiran anda dan hantar!

Yang belum ada akaun bersama CIMB, ini adalah masa terbaik untuk buka akaun di CIMB. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini. Selamat menyimpan, berbelanja dan menang dengan CIMB!

*CIMB adalah ahli PIDM. Akaun Simpanan / -i dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit.