Baru sahaja memasuki Ramadan dan nampaknya kita dikejutkan dengan berita dua lelaki beragama Islam yang telah dibelasah dan diacu pistol hanya kerana diketahui majikan sedang berpuasa.

Menurut laporan polis yang dikongsikan, semuanya bermula di sebuah kondominium di Kuala Lumpur di mana seorang majikan bernama Mr Chung Cheeyang yang berbangsa Cina bertanyakan kepada dua pengawal peribadi beliau sama ada mereka berpuasa atau sebaliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengetahui dua pengawal peribadinya berpuasa, majikan tersebut terus menampar serta mengetuk kepala pengawalnya peribadinya menggunakan telefon bimbit.

173231960_10162062504694572_3410994528039566201_n
Laporan polis yang dibuat pengawal peribadi berikutan kes yang berlaku

Majikan tersebut dikatakan sangat berang dengan jawapan yang diterima serta mempersoalkan sama ada Allah yang membayar gaji mereka atau beliau sendiri setelah dua pengawal peribadinya mengingkari arahan.

Dua individu ini juga dikatakan turut ditampar dan ditarik rambut serta diugut untuk tidak membuat laporan polis kerana beliau sudah ‘pegang’ Ketua Polis Negara. “You mahu ikut saya atau ikut Allah”, kata majikan kepada dua pengawal peribadinya yang mengingkari arahan kerana mahu berpuasa.

Difahamkan, dua pengawal peribadi ini telah dibawa ke sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi. Setibanya di rumah tersebut, seramai 11 staf beserta dua pengawal peribadi sudah bersedia di hadapan pintu rumah.

Majikan tersebut telah menyuruh salah seorang pekerjanya untuk memukul dua pengawal peribadi tersebut menggunakan sebuah kayu rotan. Menampar, tumbuk dan tendang antara yang dibuat majikan ini bersama pekerjanya. Tidak cukup selepas dibelasah dengan teruk, majikan ini turut mendapatkan pistol dan diacukan pistol kepada pengawal peribadi berkenaan.

172465394_10162063021114572_6186045514266717266_n
Keadaan dua pengawal peribadi selepas dibelasah majikan

“Saya boleh tembak sama you, tengok Allah boleh tolong ke”, kata majikan terhadap dua pekerjanya.

Berikutan menerima layanan teruk daripada majikan serta tidak mahu lagi diri dan keluarga diancam, dua pengawal peribadi ini telah tampil ke Balai Polis Brickfields bagi membuat laporan serta mahu pihak polis menyiasat kes ini.

Dimaklumkan kejadian itu telah menyebabkan mangsa mengalami pendarahan beku dan lebam pada badan sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Menerusi laporan terbaru, pihak polis telah menjalankan tugas dengan mencekup majikan berkenaan yang juga ahli perniagaan tidak sampai 24 jam laporan dibuat susulan membelasah dua pengawal peribadi ini dengan teruk.

Tular pada minggu ini apabila sebuah terdapat sebuah Honda Civic yang sanggup double park menggangu laluan seorang pemandu mengandung. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

‘Double-Park’ Kereta Pemandu Mengandung, Sikap Pemilik Honda Civic Ini Undang Kecaman Netizen

Ditawarkan Dengan Ciri ‘Wallet Friendly’, Iklan Terbaru Bata Malaysia Berjaya Cuit Hati Netizen