Jepun merupakan antara destinasi terkenal untuk percutian bagi rakyat Malaysia. Malah, ada yang tertanya-tanya cara untuk cari kerja di Jepun.

Sebenarnya, ada beberapa cara iatu cara yang mudah tetapi gaji kurang sikit dan cara yang lebih kompleks tetapi gaji lebih. Apa-apa pun, terpulang pada anda ingin guna cara yang mana, sebab bagi saya anda pasti tidak kisah sangat perihal gaji asalkan dapat bekerja di Jepun.

Huawei-Nova-7i-price-specs-Revu-Philippines
HYPE
5 Sebab Utama HUAWEI nova 7i Sering Menjadi Rebutan Ramai
Baca lagi →
Jepun-Keretapi

Sumber: Amanz

Jadi, saya senaraikan dua cara yang anda boleh lakukan untuk memburu kerja di Jepun. Akan tetapi, sebelum anda memburu kerja di Jepun, anda perlu ketahui syarat-syarat minima yang diperlukan untuk mencari kerja di Jepun. Ingat, ini syarat minima sahaja! Mungkin ada syarikat yang perlukan lebih lagi, bergantung pada ‘job scope’ kerja itu sendiri.

Syarat minima untuk kerja di Jepun:

– Boleh bertutur, menulis dan membaca dalam bahasa Jepun.

– Mempunyai kelulusan JLPT sekurang-kurangnya N4.

– Berumur 26 tahun dan ke bawah (bergantung pada agensi).

– Kebanyakkan kerja di Jepun adalah dalam bidang IT dan kejuruteraan. Jika anda mempunyai ijazah dalam bidang ini, adalah satu kelebihan.

Jika anda telah memenuhi syarat-syarat minima di atas, anda sudah boleh buru kerja di Jepun dengan langkah seterusnya.

JAPAN-SKOREA-DIPLOMACY-TRADE

Sumber: Getty image

Cara pertama: mohon kerja terus pada syarikat

Cara ini nampak agak ‘straight forward’ tetapi kompleks sebenarnya. Anda cari mana-mana laman sesawang syarikat di Jepun yang memerlukan pekerja dan mohon terus dari laman sesawang berkenaan. Jika permohonan anda diterima, anda akan dipanggil untuk temuduga.

Biasanya ada beberapa siri temuduga akan dilakukan. Di peringkat awal, temuduga akan dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi Skype. Jadi anda perlu mempunyai talian internet yang stabil dan laju.

Jika anda berjaya melepasi saringan peringkat awal ini, biasanya temuduga terakhir (dengan CEO atau peringkat tertinggi dalam syarikat) akan dilakukan terus di syarikat tersebut di Jepun. Ini bermakna, anda perlu datang ke Jepun untuk menghadiri temuduga tersebut dan semua kos adalah ditanggung sendiri.

mobile-data-1280×720

Sumber: Innovative

Kelebihan menggunakan cara ini, biasanya tiada had umur ditetapkan. Boleh jadi anda adalah ‘fresh graduate’ yang berumur bawah 26 tahun, atau juga ‘middle career’ yang berumur 30 tahun ke atas. Gaji yang ditawarkan juga adalah lebih tinggi dari Cara 2 yang saya akan jelaskan nanti.

Kekurangan menggunakan cara ini adalah apabila anda berjaya mendapatkan kerja di syarikat tersebut, anda perlu berpindah ke Jepun dan segala kos yang terlibat seperti kos penerbangan, kos visa, kos deposit rumah, utiliti dan sebagainya ditanggung sepenuhnya oleh anda sendiri.

Kos ini dianggarkan boleh mencecah RM20,000 atau lebih jika kalian sudah berkeluarga. Jadi, jika kalian ingin menggunakan Cara 1, perlu mempunyai wang simpanan sekurang-kurangnya RM20,000 atau lebih.

Cara kedua: mohon kerja menggunakan agen pencari kerja

Untuk pengetahuan anda, cara kedua ini lebih mudah kerana agen akan mencarikan kerja dan syarikat yang sesuai untuk anda. Ada banyak syarikat yang menawarkan servis ini seperti asiatojapan.com, daijob.com, jobs.gaijinpot.com, jobsinjapan.com, www.japan-guide.com, dan sebagainya.

Cara ini lebih mudah dan tidak menelan banyak kos. Kalian hanya perlu mohon di laman sesawang agen tersebut dan tunggu untuk panggilan interview. Agen akan minta senarai lengkap profile anda, ‘job scope’ kerja yang anda mahu dan sebagainya. Selebihnya, mereka akan uruskan.

Jika katakan anda berjaya mendapat kerja di Jepun, agen akan uruskan dari A – Z, bermakna kos penerbangan, kos visa, kos deposit rumah, kos utiliti semua agen akan uruskan dan berikan pada anda. Anda tidak perlu mengeluarkan wang satu sen pun jika menggunakan cara ini.

bekerja-lebih-masa-di-jepun-merupakan-perkara-biasa

Sumber: medium.com

Kekurangan menggunakan cara ini adalah kebanyakkan kerja-kerja yang ditawarkan berkisar bidang yang terhad seperti software, IT, dan kejuruteraan sahaja. Syarat lebih ketat juga dikenakan seperti had umur 26 tahun dan ke bawah, kelayakan bahasa Jepun dan sebagainya oleh agen pencari kerja ini.

Jika katakan anda berjaya dapat kerja melalui agen, mereka juga akan cas dari jumlah gaji anda. Ini menjadikan jumlah gaji yang anda akan dapat lebih rendah dari sepatutnya. Ada juga agen yang cas ‘lumpsum’ dari syarikat yang menerima anda dengan jumlah RM40,000 dan syarikat akan potong gaji anda selama 2 tahun mengikut jumlah tersebut, dan sebagainya.

Jika ikutkan, jumlah yang dicas memang lebih tinggi (hampir 2 kali ganda dari cara pertama). Anda juga terikat dengan kontrak bersama agen tersebut, sekurang-kurangnya 2 tahun. Bagi pandangan saya, kedua-dua cara ini masing-masing ada kekurangan dan kelebihannya. Bergantung pada anda, mana satu yang anda boleh ‘tolerate’ itulah yang akan dipilih. At the end of the day, dapat kerja di Jepun, siapa tak nak?

Jadi, apa kata anda? Sudah bersedia untuk memburu kerja di Jepun? Anda mungkin berminat ketahui tip persiapan diri untuk cari kerja di luar negara.

Mahu Cari Kerja di Luar Negara? Sediakan Diri Anda Dengan 7 Perkara Ini Dulu

5 Tip Yang Anda Patut Tahu Jika Mahu Cari Kerja Di UK

15 Tip Untuk Mudah Lulus Temuduga Kerja

Artikel di atas disumbangkan oleh Zunita Ramli. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang kini menetap di Jepun. Beliau juga sangat sukakan kehidupan serta budaya di sana.. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka