Tahun 2020 bakal tiba beberapa hari sahaja lagi, masing-masing sedang bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran baharu yang bakal ditempuhi untuk tahun.

Cita-cita kerajaan 30 tahun lalu yang ingin menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan berdaya saing apabila memasuki tahun 2020 nampaknya masih dalam fasa negara membangun dan impian rakyat untuk melihat suasana bandar seperti yang dilukis ketika kecil kononnya kereta terbang sudah mula digunakan di jalan raya dan robot digunakan sebagai pembantu rumah. Kini, semua itu hanya tinggal sebagai imaginasi.

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →

Sumber: Hudipan.blogspot

Jadi marilah kita melihat perkara yang lebih realistik yang bakal berlaku menjelang tahun 2020 yang tinggal dua hari lagi.

1. Kompaun, denda jika merokok di premis makanan bermula

Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan

2. Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 untuk semua pelajar sekolah rendah

Program ini akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi (sekolah sesi pagi) dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang.

3. RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu

Harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan Januari depan bertujuan tidak membebankan pengguna. Mankala harga di Sabah, Sarawak, Labuan akan menikmati subsidi petrol secara pukal iaitu pada harga runcit semasa.

4. Program Subisidi Petrol (PSP) bersasar

Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap 4 bulan sekali. Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal.

5. Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) diwajibkan

Tiada saman akan dikenakan sekurang-kurangnya untuk enam bulan pertama bagi penguatkuasaan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System atau CRS).

6. Pekerja asing wajib didaftarkan dengan Perkeso

Majikan di negara ini diwajibkan untuk mendaftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

7. Gaji minimum RM1,200 sebulan di 57 bandar utama

Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama.

8. Sistem cukai petak di Kuala Lumpur

Pelaksanaan sistem cukai petak mulai 1 Januari di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyaksikan pemilik terutama golongan B40 menikmati kadar tetap RM15 setahun bagi hak milik pajakan dan RM20 setahun bagi pegangan hak milik kekal.

9. Cukai perkhidmatan digital 6%

Pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital asing – termasuk perisian, muzik, video dan pengiklanan digital.

10. Aliran sains dan sastera dimansuhkan (Tingkatan 4)

Pelajar tingkatan empat tidak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka.

11. Rakyat Sarawak nikmati air percuma

Setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan dengan kira-kira 11,300 liter air percuma, menurut Kementerian Utiliti.

12. RFID di plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka

Pelaksanaan kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan dilaksanakan di 62 plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1.

13. Suntikan Pneumococcal secara percuma buat semua bayi yang lahir 2020

Kerajaan memperuntukkan RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 juta sebagai permulaan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua bayi yang lahir tahun depan.

14. Larangan penggunaan straw minuman plastik untuk peniaga dan pengusaha kedai makan

Larangan penggunaan straw plastik konvensional tidak membabitkan orang ramai sebaliknya dikuatkuasa kepada peniaga dan pengusaha kedai yang mempunyai lesen perniagaan.

15. Pahang kuat kuasa tulisan jawi di semua premis

Tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di semua premis perniagaan di Pahang akan tetap dikuatkuasakan bermula 1 Januari tahun hadapan.

16. Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai

Pulau Pangkor bakal menuju zon destinasi pulau bebas cukai kecuali bagi minuman keras. Bagaimanapun kerajaan negeri ketika ini masih lagi mempertimbang sama ada membenarkan rokok bebas cukai dibenarkan dijual di pulau itu.

17. Kadar tol kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang dikurangkan

Kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00.

18. Kenaikan elaun RM2 sejam untuk anggota RELA

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta.

19. Penggiat seni bakal nikmati manfaat KWSP, Perkeso

Golongan karyawan merangkumi pelakon, jurusolek, krew produksi dan sebagainya berpeluang menikmati manfaat KWSP dan Perkeso bergantung pada gaji dan polisi insurans mereka.

20. Hanya isi rumah bawah RM4,000 layak nikmati air percuma di Selangor

Hanya penduduk dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah layak menikmati Skim Pemberian Air Percuma ditawarkan kerajaan Selangor bermula 1 Mac 2020. Penduduk yang layak, boleh mendaftar permohonan sebelum 31 Disember ini.

Dikepilkan beberapa artikel berkaitan artike di atas untuk dijadikan bahan bacaan tambahan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Google Play Store Bakal Turut Kenakan Cukai SST 6% Bermula Januari 2020

Gaji Minimum RM1,200 Sebulan Di 57 Bandar Utama Bermula Januari 2020

Anda Mungkin Suka