Pasti anda pernah mendengar jika kita mudahkan urusan orang lain, pasti urusan kita akan dipermudahkan. Baru-baru ini, saudara Hilmy Mohamad Tajaluddin yang merupakan seorang cabin crew telah berkongsi tips untuk anda lakukan dan tidak perlu lakukan apabila ingin naik flight.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Berikut adalah tips yang boleh anda amalkan:

1. Jika anda tahu anda akan fly from point A to Point B, cetak semua travel itinerary. Kalau berlaku sebarang masalah mengenai tempat duduk, insurans penerbangan dan lain-lain, anda boleh tunjuk dokumen tersebut kepada ground staff.

2. Pastikan anda datang awal ke airport untuk document check, sebab negara tertentu seperti Filipina, jika anda tiada return tiket, anda tidak boleh board the aircraft sebab ia adalah rules & regulations daripada pihak berkuasa Filipina.

3. Pastikan anda makan sedikit sebelum penerbangan, kerana bila fly, perut anda akan bloated dan anda akan rasa seperti masuk angin. Kemudian, anda akan muntah dan rasa sakit kepala.

4. Sila bawa toileteries jika penerbangan lebih 3 jam untuk mengekalkan kesegaran dan kebersihan diri. Jika tidak mahu gosok gigi, kunyahlah chewing gum agar mulut tidak berbau.

5. Apabila boarding, jika beg anda banyak, setelah sampai tempat duduk, duduk dahulu di tempat duduk dan beri penumpang di belakang untuk ke tempat duduk mereka.

6. Setelah settle down dan duduk, pasti anda akan menggunakan handphone anda. Tetapi adalah diingatkan untuk perhatikan seatbelt sign. Jika seatbelt sign ditutup, bermaksud kapal terbang dalam proses mengisi minyak, dan anda haruslah menutup telefon anda.

7. Tolong sentiasa bertenang dan duduk di tempat yang telah ditetapkan. Tiada beza jika duduk di sebelah tingkap atau tidak, masih menuju ke destinasi yang sama.

8. Ketika take off, mereka akan walk around the cabin to ensure everything is in order. Bag is stowed, no bag blocking the aisle. All passengers are seated with seatbelt fastened. Tidak perlu time itu anda ingin pilih lagu di Spotify dan sebagainya. Lakukan selepas take off.

9. Masa hendak take off, ramai yang akan letak headset/airpods/earphone. Pada waktu ini, anda kena berhenti guna dahulu, sebab semasa take off & landing, waktu ini waktu crucial, takut nanti bila emergency happens, orang lain sudah keluar kapal, anda masih duduk kat seat layan lagu “Cik Mek Molek”.

10. Kemudian, aircraft pun fly. Anda gembira lihat kereta atas darat yang tidak ubah seperti permainan lego. Waktu ini baru lah boleh anda lihat iPad, smartphone dan sebagainya. Crew akan datang bagi landing form kepada anda (international fly) jadi pastikan anda ada pen sendiri.

11. It’s Makan time! Pasti ketika ini anda teruja kerana nak makan nasi lemak dalam pesawat. Masa ini, please tegakkan tempat duduk anda, be considerate dengan orang belakang anda. Kesian mereka nak makan pun terpaksa pendekkan leher masing-masing. If only you get what i mean.

12. Apabila sudah habis makan, put it on a table and hand it over to the crew. Janganlah letak on the floor. Mana mana crew serve anda nak ambil nanti.

13. Pastinya selepas makan, ramai yang akan ke tandas. Tolong lap sink selepas guna untuk penumpang lain. Jika rasa toilet sudah berbau, minta tolong krew untuk spray. Mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan.

14. Tidak perlu ‘poke’ krew untuk minta sesuatu, hanya cakap ‘excuse me’ dan pasti krew akan membantu.

15. Ketika waktu turbulence, krew akan buat announcement, anda haruslah duduk di tempat duduk sahaja kerana cuaca tidak dapat diramal.

16. Untuk Muslim, jika mahu solat dalam kapal (perjalanan jauh), jangan segan silu untuk bertanya krew waktu solat. Captain sendiri akan buat perkiraan waktu solat, dan anda haruslah bertayamum.

17. Anda digalakkan untuk freshen up yourself 2 jam sebelum waktu mendarat.

18. Apabila sudah mahu mendarat, sama routine macam ketika take off tadi. Strictly no phone,earpod, headphone dan lain-lain. Sampailah kapal park at parking bay and the seatbelt sign above you turns off.

19. Lastly anda akan dengar “Cabin crew disarm all doors and cross check.” masa ini anda sudah boleh berdiri dan take your belongings. Lagi sekali, jangan kelam kabut sangat. Tidak ada benda mahu dikejarkan. They will wait until last passenger disembarks.

20. Apabila mahu keluar kapal terbang, senyum dan ucapkan terima kasih. Ia bukanlah paksaan tetapi basic courtesy.

Selamat pergi dan pulang ke destinasi anda!

Anda Mungkin Suka