Aplikasi KitaJaga telah berjaya menolong ribuan rakyat Malaysia pada insiden banjir awal tahun lalu. Kini Terato Tech Sdn.Bhd kembali lagi dengan melancarkan versi 2.0 aplikasi KitaJaga dengan kemaskini penting termasuklah kempen Banjir Watch.

Dengan kempen Banjir Watch ini, para pengguna boleh bersiap sedia dengan rapi kerana hadir dengan sejumlah fungsi baharu yang serba guna. Aplikasi ini juga telah dipertingkatkan ciri keselamatan dan juga lebih mesra pengguna. Anda boleh ketahui tiga ciri baharu yang sangat berguna di dalam musim tengkujuh ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Notifikasi Pengawasan Banjir Pelbagai Lokasi

Sumber Gambar: kitajaga.co

Ciri ini membolehkan pengguna memantau keadaan banjir di pelbagai lokasi menggunakan profil utama pengguna. Aplikasi akan menghantar notifikasi kawasan terkesan banjir setiap 15 minit untuk memaklumkan status semasa di loksi yang telah dipin.

2. Pin Automatik KitaJaga Di Twitter

aplikasi kitajaga
Sumber Gambar: kitajaga.co

Sesiapa sahaja kini boleh meminta pertolongan dengan menghantar ciapan di Twitter bagi KitaJaga mencipta pin. Untuk menggunakan ciri ini, pengguna mesti menggunakan tanda @banjirwatch kemudian kongsikan maklumat seperti nama, lokasi dan jenis pertolongan yang diperlukan. Selepas itu, pin akan tercipta secara automatik dalam aplikasi KitaJaga.

3. Bantuan Oleh Organisasi

Sumber Gambar: kitajaga.co

Ciri ini bakal memudahkan sesebuah organisasi melancarkan bantuan dalam KitaJaga dengan memasukan nama organisasi apabila menawarkan pertolongan. Dengan ini, pengguna akan lebih peka dengan kewujudan organisasi yang turut serta membantu mangsa yang terlibat di dalam sesuatu bencana alam.

Selain ciri-ciri di atas, kempen Banjir Watch KitaJaga juga mempunyai fungsi baharu. Contohnya, kempen kini memaparkan amaran banjir berkod warna untuk tahap Perhatian, Amaran, dan Bahaya yang muncul sebaik sahaja aplikasi KitaJaga dilancarkan.

Dengan kemaskini baharu juga, KitaJaga sedia bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, syarikat swasta, atau agensi kerajaan dalam kempen Banjir Watch ini. Anda boleh memuat turun aplikasi Kitajaga menerusi Google Play Store atau App Store dan hebahkan juga agar lebih ramai mengetahui tentang fungsi terbaharu ini.

Sumber