Setiap kali melancong ke sesuatu destinasi, selain mengambil gambar pasti anda akan merakamkan video untuk dijadikan kenangan. Mesti anda akan berasa kecewa apabila melihat rakaman video anda sedikit ‘shaky’, betul atau tidak?
Almaklumlah bukan semua telefon pintar sudah ada video stabilization. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @farishadizul telah berkongsi cara untuk jadikan video anda yang ‘shaky’ menjadi lebih stabil.
TIPS JADIKAN VIDEO LEBIH STABIL
Kebanyakan telefon pintar masih belum ada video stabilization. Jadi video akan kelihatan agak 'shaky'. Aku nak ajar hampa macam mana nak jadikan video lebih stabil hanya dengan menggunakan Google Photos.
Contoh video sebelum dan selepas 👇 pic.twitter.com/h74Ij6mfzn— faris jual daytrip pulau ganu (@farishadizul) September 2, 2020
Mudah sahaja sebenarnya untuk stabilkan video anda dengan menggunakan Google Photos. Ayuh kita ikuti cara untuk lakukan ia.
1. Buka Google Photos dan pilih video yang dikehendaki.
2. Selepas buka video, tekan setting.
3. Kemudian, tekan seperti gambar di bawah.
4. Selepas itu, siap dan boleh simpan.
Mudah, bukan? Selepas ini, tidak perlulah anda berasa sedih atau kecewa video anda ‘shaky’. Perkongsian Faris ini meraih lebih 10k ‘retweets’ dan semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.
P/s: Untuk pengetahuan anda, Faris sebenarnya menjual pakej ‘daytrip’ ke pulau-pulau di Terengganu. Jika berminat, bolehlah hubungi Faris.
Sementara itu, kami ingin kongsikan tips untuk anda ambil gambar jika melancong secara solo. Klik sahaja pautan di bawah ini.
Ini Caranya Ambil Gambar ‘Awesome’ Ketika Travel Secara Solo
Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu
7 Tip Untuk Penerbangan Lebih Selesa Dan Murah Dengan AirAsia