Dah tiba masanya untuk kita semua menguli tepung dan membuat kuih raya di rumah bukan?

Ada saja pelbagai idea yang nak dibuat untuk dihidangkan masa hari raya Aidilfitri. Tentunya, ramai yang bersaing nak menyediakan kuih yang paling cantik dan sedap. Bukan setakat kena cantik dan warna-warni, kenalah sedap dan enak dimakan betul tak?

Nak hasilkan kuih raya yang menarik perhatian, kenalah guna bahan yang sesuai supaya kuih raya lebih beraroma dan sedap dimakan. Nak tau rahsianya, kenalah follow resepi ini. Yang penting, kita kena ada bahan utama iaitu PLANTA.

Resepi Biskut Lidah Kucing

Bahan-bahan:
– 250g PLANTA
– 175g Gula Kastor
– 100ml Putih Telur
– 200g Tepung Gandum
– 50g Tepung Jagung
– ¼ sudu kecil Emplex
– Pewarna Makanan (Merah, oren, kuning, hijau & biru)

Cara-cara:
1. Putarkan PLANTA bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan putih telur dan putarkan sekali lagi.
2. Tambahkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Kacau sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan mengikut pewarna yang anda suka.
4. Paipkan adunan ke atas loyang dan bakar di dalam oven selama 20 minit pada suhu 160C.
5. Dah siap dah kita punya Biskut Lidah Kucing. Selamat mencuba!

Resepi Rainbow Semperit

Bahan-bahan:
– 350g PLANTA
– 1 ½ cawan gula aising
– 2 biji kuning telur
– 1 ½ tsp esen vanila
– 400g tepung jagung
– 1 cawan tepung gandum
– 1 cawan tepung kastad
– Pewarna makanan (Merah, oren, kuning, hijau)

Cara-cara:
1. Sebatikan PLANTA dan gula aising kemudian letakkan kuning telur dan esen vanila. Gaul rata.
2. Masukkan tepung jagung, tepung gandum dan tepung kastad. Sebatikan semua bahan sehingga menjadi doh.
3. Warnakan doh mengikut warna pilihan anda.
4. Ambil doh yang berlainan warna dan campurkan. Paipkan doh ke atas loyang pembakar dan bakar di dalam oven selama 15 minit pada suhu 170C.
5. Rainbow semperit siap untuk dihidangkan!

Resepi Kek Buah

Bahan-bahan:
– 150g PLANTA
– 220g tepung gandum
– 1tsp serbuk penaik
– ½ tsp garam
– 3 biji telur
– 250g buah campuran kering (direndam dan ditapis)
– 65g gula kastor
– 3 tbsp susu pekat
– 1 biji kulit oren

Cara-cara:
1. Ambil buah campuran kering, gaulkan dengan sedikit tepung gandum sehingga rata dan ketepikan.
2. Masukkan PLANTA dan gula kastor di dalam pengadun dan putar sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga sebati. Tambahkan susu pekat dan kulit oren dan gaul rata.
3. Tambahkan tepung gandum, garam dan serbuk penaik dan gaul rata.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan buah campuran kering di atas kek.
5. Bakar di dalam oven selama 60 minit pada suhu 160C.
6. Kek buah sedia untuk dihidang!

Resepi Biskut Suji Kristal

Bahan-bahan:
– 250g PLANTA
– 110g gula aising
– ½ tsp garam
– 50g badam kisar (disangai)
– 125g tepung jagung
– 300g tepung gandum
– Pewarna makanan (Kuning, hijau & merah )
– Gula kastor (untuk salutan biskut)

Cara-cara:
1. Sebatikan PLANTA bersama gula aising. Masukkan badam kisar, tepung jagung dan tepung gandum. Gaul kesemua bahan sehingga menjadi doh.
2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
3. Ambil sedikit doh daripada setiap warna dan timbang 10g setiap satu.
4. Susun di atas loyang pembakar dan bakar selama 20 minit pada suhu 170C.

Yang lagi best, anda mungkin layak menang hadiah dan baucar lumayan daripada PLANTA!

Anda mungkin dapat hadiah Kitchen Aid yang bernilai RM2500 dan baucar habib bernilai RM200 tau. Nak tau caranya? Senang saja!

Langkah 1: Beli produk PLANTA bernilai RM25 dan ke atas dalam satu resit. Tuliskan nama dan nombor kad pengenalan di atas resit.

Langkah 2: Taip consentWA dan hantar ke 0182283803.

Langkah 3: Tangkap gambar resit dengan jelas dan hantar ke nombor 0182283803.

Tunggu apa lagi? Jom sertai sekarang!

Untuk info lebih lanjut, boleh layari laman web atau media sosial di Facebook dan Instagram.