Kita selalu mendapat update berita sukan dari atlet selebriti tanah air ataupun yang sudah terkenal seperti Pandelela Rinong, Azizulhasni Awang, Nicol David dan banyak lagi. Apabila buka TV, media sosial atau surat khabar, mesti nama mereka banyak terpampang dekat headline.

Sebenarnya, ada banyak lagi atlet tempatan yang sudah berjaya mara ke sukan peringkat antarabangsa tapi namanya jarang disebut-sebut. Siapa mereka itu? Sempena Hari Malaysia 2019, kami senaraikan lima daripadanya supaya boleh anda jadikan inspirasi.

1. Nur Amirah Syakirah Zulkifli

say169_BHfield_image_listing_featured.var_1568645476
Nur Amirah Syakirah Zulkifli (kanan)

Penyerang muda skuad hoki negara, Nur Amirah Syakirah Zulkifli, 19, adalah antara atlet tanah air yang berjaya mencatat nama di sukan antarabangsa.

Siapa sangka, produk Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Lela Pahlawan, Padang serai ini diangkat sebagai pemain terbaik Kejohanan Empat Penjuru di Groningen, Belanda, baru-baru ini.

Dia mendapat anugerah itu selepas menewaskan beberapa pemain Eropah daripada tiga kelab di Belanda iaitu Pinoke, Kelab Hoki Groninger- Harense dan Kelab Hoki dan Kriket Groningsche. Hebat kan?

Mana tidaknya, gaya permainannya yang menunjukkan bahawa dia tidak takut sama sekali untuk menentang pemain lebih senior, mempunyai larian deras dan memiliki satu pukulan reverse yang padu membuatkan beliau terpilih untuk menerima anugerah itu menurut pengulas sukan di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Nur Amirah Syakirah Zulkifli turut pernah bertanding di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia; Sukan Asia Indonesia; Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Donghae dan Siri Hoki Terbuka di Singapura.

2. Jonathan Wong Kar Gee

246274-671×458

Biarpun kurang upaya, anda patut berbangga kerana Jonathan Wong Kar Gee, 28, berjaya melakar nama Malaysia di Kejohanan Olahraga Paralimpik Grand Prix Dunia Terbuka Handisport 2019 di Paris sempena Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, baru-baru ini.

Atlet lompat jauh negara ini membanggakan Malaysia selepas berjaya merangkul pingat emas dengan lompatan sejauh 7.03 meter dalam kategori T-11-12 (masalah penglihatan). Menurut laporan, ini adalah catatan peribadi terbaik baginya selepas lompatan sejauh 7.22m yang dicipta pada Terbuka China, Mei tahun lalu.

Selain itu, atlet paralimpik kelahiran Sabah ini turut pernah bertanding di Sukan Para Asia Ketiga di Jakarta Indonesia. Bakat besar yang hebat seperti ini seharusnya diberikan galakan supaya meraih pencapaian lebih baik pada Kejohanan Dunia di Dubai, November ini dan seterusnya berpeluang menyertai Paralimpik Tokyo 2020.

3. Syafiqa Haidar

AAGs0s2
Syafiqa (kiri)

Seorang lagi atlet Malaysia yang membanggakan Malaysia sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu adalah Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman. Atlet boling padang ini muncul juara acara perseorangan di Kejohanan Boling Padang Terbuka Asia 2019 di Pusat Sukan Jiaxing, China, Ogos lalu.

Kejuaraan itu menjadi miliknya selepas berjaya menewaskan lawan dari Hong Kong, Shirley Ko yang ditentukan menerusi balingan ‘sudden death’ selepas terikat mata terikat 2-2. Nampaknya, ini boleh dianggap sebagai ‘pemanas badan’ menjelang Sukan SEA di Filipina nanti!

Untuk pengetahuan anda juga, Syafiqa antara yang disenaraikan dalam saingan fours bagi temasya Sukan SEA Filipina, bergandingan bersama Emma Firyana Siroji, Nurul Alyani Jamil dan Afiqah Dayana Budiman.

4. Cheam June Wei

6EF81A91-411A-4C59-952D-C5A4781C83BF-671×423

Seperti mana yang kita semua tahu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedang aktif mencari pengganti Lee Chong Wei yang sudah bersara pada Jun lalu. Namun, kata presidennya, pihaknya memerlukan masa lebih dari lima tahun untuk mencari pengganti.

Bagaimanapun, melihat prestasi juara Kejohanan Badminton Terbuka Belanda, Cheam June Wei, 22, BAM melihat sinar bahawa pemain badminton negara itu mampu meneruskan legasi lagenda negara kita dalam sukan badminton.

Mana tidaknya, hasil latihan daripada bekas jurulatih Chong Wei, Teh Peng Huat, tidak mustahil kekuatan June Wei mampu setanding pemain badminton nombor satu Malaysia itu. June Wei juga dikatakan mempunyai kemahiran menyeluruh, namun perlu lebih memahami selok-belok permainan dan menggabungkan semua elemen untuk meningkatkan kualiti permainan.

Malah, kejayaannya apabila menyertai Asia Junior Championships di Gimcheon, South Korea; Nanjing Summer Youth Olympics di Nanjing, China dan beberapa lagi kejohanan antarabangsa yang lain menjadi saksi pilihan BAM untuk June Wei meneruskan legasi Chong Wei dalam sukan badminton itu bukanlah satu kesilapan.

5. Mohd Juwaidi Mazuki

20841167_599173617137555_4325482037734589544_n-671×671

Mula memanah pada tahun 2010 dan serius di peringkat antarabangsa pada tahun 2012, sememangnya rezeki buat Mohd Juwaidi Mazuki, 29, apabila beliau berjaya merangkul pingat emas ketika Archery Asia Cup di New Clark City, Philippines, baru-baru ini.

Bukan sekadar itu, Juwaidi yang menduduki tempat ke-57 di antara pemanah dunia ini turut pernah menyertai World Cup Stage 2 di Shanghai, China dan ASEAN University Games di Singapura pada tahun 2016 dan beberapa lagi kejohanan dunia yang lain.

Sempena Hari Malaysia, jom kita saksikan sedikit kata-kata daripada atlet tanah air kita

Dengan adanya pelapis-pelapis terbaik dalam dunia sukan seperti yang kami senaraikan tadi, kami harap negara kita dapat terus diangkat ke peringkat antarabangsa dan seterusnya menjadi contoh supaya semangat kesukanan tertanam dalam diri rakyat Malaysia.

Saksikan kata-kata semangat daripada atlet Malaysia dalam video Malaysia Airlines sempena Hari Malaysia 2019 baru-baru ini. Kami harap mereka dapat menjadi inspirasi supaya anda boleh terus maju!

Majulah sukan untuk negara! Selamat Hari Malaysia daripada Malaysia Airlines dan The Vocket! 

Tahukah anda sebelum ini pemain muda dari Malaysia ini berjaya mengikat kontrak dengan pasukan liga Jepun? 

Pemain Muda Malaysia Ini Berjaya Mengikat Kontrak Dengan Pasukan Liga Bola Sepak Jepun

Gadis Bertudung Ini Curi Perhatian Dunia Apabila Muncul Juara Pro Wrestling