Semasa pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan lima kesalahan lalu lintas yang tidak dibenarkan untuk dikompaun sempena musim perayaan kali ini dan perlu diselesaikan di mahkamah.

Lima kesalahan tersebut yang sering berlaku setiap kali musim perayaan adalah:

1. Memandu di lorong kecemasan
2. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
3. Gagal mematuhi lampu isyarat merah
4. Memotong barisan
5. Memandu melebihi had laju

Tambah beliau lagi, perintah larangan pemanduan kenderaan barangan akan dilaksanakan tiga hari sebelum dan dua hari selepas hari raya Aidilfitri iaitu pada 30 April hingga 2 Mei, serta 7 dan 8 Mei.

“Larangan ini bertujuan untuk mengelakkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran aliran trafik yang melibatkan kenderaan berat dengan kenderaan ringan selain mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya ketika berucap pada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut menyatakan seramai 2,200 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terlibat dalam Ops Hari Raya Aidilfitri, merangkumi kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres dan pemantauan melalui stesen penguatkuasaan (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya.

Manakala pemeriksaan bas ekspres menerusi ‘Pra Ops Hari Raya’ pula bermula pada 25 hingga 28 April ini di 75 depoh dan 28 terminal bas utama di seluruh negara, bagi memastikan bas ekspres sentiasa berada dalam keadaan ‘layak untuk dipandu’ di atas jalan raya, lapor Bernama.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

JPJ dilaporkan akan menambah kira-kira 100 kiosk layan diri untuk memudahkan pengguna berurusan dengan pihaknya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

JPJ Akan Tambah 100 Kiosk Layan Diri Menjelang Akhir 2022, Sasar RM4.12 Bilion Kutipan Hasil

Caj Kesesakan Mungkin Dikenakan Pada Kenderaan Masuk KL Apabila MRT3 Siap Sepenuhnya

Johor Terima Peruntukan RM150 Juta Untuk Tingkatkan Kualiti Pengangkutan Awam

Sumber