Akhirnya, bakal pengantin yang terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kini boleh menarik nafas lega dan gembira.

Mana tidaknya, majlis sosial termasuk majlis perkahwinan dibenarkan bermula 1 Julai 2020 telah disampaikan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akan tetapi, tetamu yang dibenarkan hanyalah 250 orang dalam majlis tersebut dan haruslah mematuhi segala SOP yang ditetapkan. Oleh itu, kami akan kongsikan 5 lokasi majlis perkahwinan yang sesuai untuk majlis kecil dan pastinya cantik. Sudah bersedia?

1. Ampang Glasshouse

Jika anda inginkan majlis perkahwinan yang kelihatan eksklusif dan moden, inilah lokasi terbaik untuk anda. Terletak di Ampang dan hanya kira-kira 20 minit dari ibu kota akan memudahkan tetamu anda untuk datang.

Ampang Glasshouse mampu memuatkan seramai 228 tetamu dalam satu-satu masa. Tidak hanya memiliki konsep yang cantik tetapi lengkap juga dengan kemudahan untuk kegunaan para tetamu.

64899081_884594098585944_4437086629953273856_o

65116846_884593645252656_6310656294814482432_o

P/s: team Vocket pernah anjurkan jamuan raya di sini pada tahun lepas, nak lihat suasana dan keadaan Ampang Glasshouse boleh baca di sini.

2. RUANG Event Space

Buat anda yang inginkan tempat yang simple tapi masih cantik, anda boleh pilih anjurkan majlis perkahwinan anda di RUANG Event Space. Untuk pengetahuan anda, RUANG Event Space ini terletak di 2 lokasi iaitu di Shah Alam dan Subang.

RUANG Event Space ini mampu memuatkan dalam 300 tetamu dalam satu-satu masa. Anda yang inginkan majlis yang santai dan simple bolehlah pilih lokasi ini.

RUANG-SA-NEW-Exterior

3. Ciao Ristorante Glass House

Screen-Shot-2020-06-25-at-2.36.16-PM

Terletak di padang golf saujana di Raja Selangor, sesuai untuk anda yang inginkan kelainan dengan majlis perkahwinan ala dalam taman. Dihadiahkan dengan pemandangan penuh kehijauan akan berikan anda satu majlis yang berbeza.

Jika tidak ingin buat majlis outdoor, anda boleh juga buat majlis indoor tetapi masih lagi dapat nikmati keindahan seperti dalam taman. Untuk pengetahuan anda, Ciao Ristorante sebenarnya adalah sebuah restoran makanan Itali tetapi memiliki ruang untuk anjurkan majlis.

Jun-Kit-Juliana_53

4. Sky Ark Event Space

Screen-Shot-2020-06-25-at-3.03.12-PM

Sky Ark Event Space ini terletak di Jalan Kuching dan mampu memuatkan 180 tetamu untuk satu-satu masa. Bagi anda yang inginkan majlis perkahwinan penuh privasi, bolehlah pilih anjurkan majlis perkahwinan anda di sini.

Anda tidak perlu risau akan sound system, pentas dan penataan cahaya kerana ia antara kemudahan yang disediakan oleh pihak Sky Ark Event Space.

skyark_event_space_13

5. Glasshouse at Seputeh

singapore-wedding-photographer-glasshouse-seputeh-malaysia-wedding-23

Jika anda inginkan majlis perkahwinan seperti dalam taman dan eksklusif, Glasshouse at Seputeh adalah pilihan yang tempat. Terletak di Bukit Seputeh, Kuala Lumpur. Glasshouse at Seputeh ini mampu memuatkan tetamu dalam 400 orang dalam satu-satu masa.

Bagi kami, Glasshouse at Seputeh ini memang lokasi terbaik untuk anda yang inginkan kelainan.

Stage&Lawn_Evening

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana memilih lokasi majlis perkahwinan anda. Jangan lupa SOP ketika anjurkan majlis anda. #KitaJagaKita

Sementara itu, kami kongsikan tip pilih jurugambar untuk majlis anda. Klik pautan di bawah ini.

4 Tip Penting Sebelum Pilih Jurugambar Untuk Majlis Perkahwinan Anda

5 Faktor Penting Pilih Lokasi ‘Outdoor Shoot’ Majlis Perkahwinan Anda

Sanggup Ikat Perut, Lelaki Ini Kongsi Kisah Kumpul Duit Demi Majlis Perkahwinan

Sumber