Bulan Syawal sudah hampir meninggalkan kita dan pastinya banyak open house yang anda sudah attend sepanjang bulan Syawal ini. Sekarang ini tibalah masanya untuk kembali mengejar misi untuk mendapatkan susuk tubuh menawan anda. Bersukan adalah cara terbaik untuk anda mengurangkan kadar kolestrol dalam badan selain anda perlu menjaga pemakanan anda.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Sebagai permulaan, paling mudah anda hanya perlu mula berlari. Pernah tak anda terfikir kenapa ada rakan anda yang ketagih dalam acara larian ini? Kenapa larian menjadi pilihan mereka? Di sini ada 6 sebab kenapa ramai individu memilih untuk berlari. Run Forest, Run!

1. The Best Cardio

Berlari adalah antara workout paling bagus . Ia dapat menaikkan aktiviti cardiovascular dan membakar lemak dalam masa paling singkat. Kalau anda berlari dalam kelajuan 9km/j selama satu jam, anda sudah membakar lemak sebanyak 700 kalori!

2. Kumpul medal

mynic 2
Medal yang dimenangi ketika sesuatu acara larian adalah tanda anda menyertai sesuatu larian. Lebih banyak larian, lebih banyak medal yang anda akan kumpul. Boleh jadi conversation starter sebenarnya jika anda sangkut di ruang tamu rumah dan mesti ada yang bertanya tentang medal-medal itu.

3. Cara untuk hilangkan stress

Benar, berlari dan jogging bantu anda untuk hilangkan stress. Berlari bantu merembeskan endorphins, zat yang menimbulkan perasaan senang dan nyaman hingga membuat seseorang lebih sihat. Sebab itulah rakan-rakan yang kerap sertai acara larian ini orangnya sangat energetic. Walaupun mereka tidak ambil caffeine di waktu pagi, tetap ceria dan happy sahaja.

4. Banyak acara larian yang awesome

mynic 3

Hampir setiap bulan ada acara larian yang akan dilangsungkan. Untuk bulan Ogos ini, ada satu acara larian yang sangat awesome akan dianjurkan iaitu myBuddies Run yang akan diadakan 21 Ogos ini. myBuddies Run 2016 akan dianjurkan oleh MYNIC dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia di Cyberjaya bersempena Hari Kebangsaan Malaysia.

Ada 3 kategori yang boleh dipilih berdasarkan keupayaan masing-masing iaitu 3km (larian bertopeng), 5km (larian bertopeng) dan 10km.

Pelari pun bebas memakai apa sahaja jenis topeng untuk anda berlari kerana tema larian ini adalah Masked Run. Kalau anda nak pakai costume Iron-Man pun boleh, nak jadi Spiderman, Batman atau sesiapa saja tak jadi masalah. Yang penting anda sama-sama turut serta dan berlari. Seronok bunyinya itu. Tahun lepas Darth Vader dan Storm Troopers pun turut sama berlari.

5. Hadiah hebat yang bakal dimenangi dalam acara larian

mynic 4
Andai anda menyertai acara larian, mesti banyak hadiah yang akan diterima. Paling-paling anda akan dapat goodies bag. Sebagai contoh untuk acara myBuddies Run tadi, 10 pelari paling awesome akan mendapat hadiah wang tunai RM100 setiap seorang. So, anda jadi awesome dah cukup untuk anda bawa pulang hadiah wang tunai.

Kalau anda nak cabar diri anda, boleh cuba acara larian kategori 10km. Pemenang kategori ini nanti akan menang wang tunai berjumlah RM12,000. Banyak kan? Paling best ada cabutan lucky draw dan peserta berpeluang memenangi sebuah kereta PROTON IRIZ dan 5 buah mountain bikes berjenama jika anda bertuah. Dengarnya jumlah keseluruhan hadiah cabutan bertuah myBuddies Run bernilai sehingga RM65,000! Cool bukan?

Patutlah ramai yang ketagih dengan acara larian ini. Kalau tak menang hadiah sekali pun, anda dah berjaya bersenam dengan cara paling santai. Kalau anda takut nak join full marathon, cuba mula acara yang singkat jaraknya dahulu. myBuddies Run ini ada larian 5km yang boleh anda cuba. Cuba try test dan silap hari bulan, anda pun ketagih untuk berlari juga.

Mudah sahaja untuk anda sertai acara myBuddies Run ini. Anda hanya perlu ke laman www.mybuddies.my atau klik di sini untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut tentang acara larian myBuddies Run ini. Jom sertai larian ini. Untung-untung anda pulang dengan basikal mountain bike atau kereta baru. Like a boss.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group