Uniknya penduduk negara ini, tidak kira apa jua cuti perayaan di Malaysia, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang bertemu ahli keluarga lain di kampung halaman masing-masing.

Baru-baru ini syarikat perlindungan insurans, Liberty Insurance menyenaraikan tujuh kategori pemandu yang anda akan jumpa sepanjang berada di atas jalan raya, tidak kira ketika waktu puncak atau waktu anda pulang ketika cuti hujung minggu yang panjang.

Baca Juga:

  1. Kaki Tekan/The Speedster
    Pantang ada peluang, pemandu seperti ini akan memandu laju dengan memotong barisan menggunakan kesemua lorong yang ada. Lebih-lebih lagi apabila jalan ‘clear‘ tiada anggota penguatkuasa. Sekaligus boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

  2. Susah Tekan Pedal/The Sloth
    Bagi pemandu sebegini pula, mereka sentiasa memandu lebih perlahan daripada had kelajuan yang dibenarkan, lebih-lebih lagi apabila mereka berada di lorong paling kanan. Bagaimanapun tindakan mereka menyebabkan menyebabkan trafik menjadi sesak kerana terpaksa ikut di belakang mereka buat satu jangka masa lama.

  3. Sentiasa Gugup Dan Cemas/The Nervous Driver
    Ada juga pemandu yang sentiasa berasa gugup dan cemas setiap kali memegang stereng kereta. Kadang-kala cara mereka memandu itu boleh mengganggu fokus pengguna jalan raya lain. Jadi anda perlu pastikan berada jarak yang selamat agar sempat bertindak jika pemandu seperti ini memberikan reaksi di ‘luar kawalan’.

  4. Cuai Dan Lalai/The Engrossed Driver
    Sejak penggunaan telefon pintar meluas pada hari ini, ramai yang menggunakannya gajet itu untuk melihat aplikasi Waze, media sosial, membalas mesej atau ‘bergayut’ (bercakap di telefon) sewaktu memandu.

    Sumber Gambar: Astro Ulagam
  5. Kepala Baran/The Road Rager
    Jenis pemandu seperti ini memang ‘sukar dibawa berbincang’, mereka mudah trigger dengan pengguna jalan raya lain yang ‘buat salah’ melibatkan mereka dan akan mengambil keputusan untuk membuat ‘hukuman sendiri’ dengan bergaduh bersama individu terbabit.

  6. Baik Dan Berhemah/The Obediently Kind Driver
    Jangan terkejut jika ada ‘pemandu dari syurga’ yang sentiasa bertolak ansur dan bertoleransi seperti memberikan laluan kepada orang lain, tidak pernah menekan hon dan sangat bersabar dengan cara pemanduan pengguna jalan raya lain. Jika anda ada terjumpa, memang beruntunglah sepanjang hari anda ketika itu.

  7. Pemakai Mekap/The Makeup Artist
    Sebahagian wanita dan ‘mekap’ tidak dapat dipisah tidak kira masa dan mana jua. Ada yang boleh multitasking memandu sambil memakai alat solek. Jika anda ada ternampak pemandu wanita seperti itu, cuba potong kereta tersebut dengan selamat.
Sumber Gambar: Vecteezy

Ini adalah sebahagian sikap pemandu seperti yang dikongsikan Liberty Insurance, bagaimanapun kita tidak menolak terdapat beberapa lagi jenis pemandu yang ada di negara ini.

Hati-hati dan selamat memandu ke destinasi masing-masing. Jika berasa penat semasa dalam perjalanan, berhenti berehat dahulu di kawasan R&R berhampiran. Kemudian barulah sambung semula perjalanan. Bak kata orang lama-lama, “Biar lambat, asalkan selamat”.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.