Tadi saya sempat bercerita kat isteri tentang kes pedofilia kat Malaysia ni. Isteri saya ni walaupun seorang doktor tapi dia macam tak dapat nak hadam sangat bab kes pedofilia sebab benda ni sebenarnya benda di luar akal logik manusia normal.

Isteri saya banyak uruskan kes hamil anak luar nikah je. Yang hamil tu pulak bukan orang dewasa tapi kebanyakkan remaja umur 16 dan 17 tahun.

Biasanya budak yang mengandung ni kenal pakwe mereka melalui WeChat. Saya pun tak tahu sangat kenapa WeChat ni jadi tempat mereka bersosial cuma yang saya tahu melalui applikasi WeChat kita boleh berkenalan dengan orang di sekeliling dan yang berdekatan dengan tempat tinggal kita.

Jadi saya pesan sangat-sangat kat ibubapa tolong pantau gajet anak anda. Please!

pedofilia-1

Baru-baru ni pun viral kisah seorang lelaki pedofil yang tak dikenali cuba menggoda seorang budak lelaki berumur 10 tahun melalui applikasi kat telefon pintar budak tu.

Budak nama Aiman ni pulak memang jenis suci tak tahu apa apa. Dia pun layan je la. Yang lelaki ni pula mintak gambar bogel budak tu walaupun dah tahu dah yang dia chat tu baru berumur 10 tahun!

Siap cakap nak bagi PSP lagi kalau budak tu nak bagi gambar kemaluannya! Alhamdulillah ibunya sedar ada chat pelik kat telefon pintar anaknya.

Kes pedofilia begini sebenarnya dah lama ada kat Malaysia cuma mereka yang terlibat ni sangat susah nak dikesan sebab mereka ni pandai menyorok daripada pihak berkuasa.

Contohnya kes Richard Huckle hari tu. Dia ni antara pedofil terdasyat dalam sejarah Britain. Dia pernah masuk ke Malaysia sebagai sukarelawan dan dilaporkan dia dah ‘jamu’ 200 orang kanak kanak termasuk kanak-kanak kat Malaysia!

Kebanyakan mangsanya baru berumur 6 bulan sampai la yang berumur 12 tahun! Gila kan?

Laman web lucah mereka pulak biasanya tak semua orang boleh akses. Hanya orang-orang tertentu daripada geng mereka je yang boleh masuk ke laman web lucah tu.

Sebelum ni kecoh satu Malaysia bila gambar anak Harith Iskander dan gambar anak Tomok masuk kat laman web lucah kanak-kanak tapi sekarang semua dah kembali diam macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Baca: Sementara Kita Kurang Ambil Perhatian, Lelaki Ini Dedahkan Bahaya Pedophilia Kepada Masyarakat

pedofilia-2

Saya ada rahsia nak bagitahu korang ni. Ada cara nak cam orang pedofil ni. Biasanya seorang pedofil ni sangat pandai menjaga rahsia dia.

Biasanya mereka ni sangat kelihatan warak dan baik. Mereka nampak sangat penyayang dengan budak-budak. Selalu belikan gula-gula dan hadiah kat budak-budak dan pandai pujuk rayu mereka.

Tanpa kita sedar mungkin mereka sedang menghidap penyakit mental sukakan kanak-kanak yang belum baligh.

Sebab tu sebagai ibubapa kita kena tahu tips ni:

1. Bagitahu anak kita tak ada siapa boleh sentuh kawasan kemaluan dia walaupun orang terdekat dalam keluarga.

2. Biasakan dengar mereka mengadu dan tunjukkan yang kita ambil berat dengan aduan mereka walaupun untuk perkara-perkara yang kecil.

3. Ajar anak untuk berkata TIDAK jika ada orang lain yang minta mereka buat benda yang aneh dan menyakiti mereka.

4. Jangan marah anak jika mereka bertanya perkara yang bagi kita agak lucah kerana ada kemungkinan mereka sedang dipengaruhi oleh pedofil.

5. Jangan ambil ringan kalau anak selalu mengadu sakit di bahagian perut ataupun kemaluan.

6. Jangan post gambar anak kita di media sosial dalam keadaan berpakaian seksi walaupun mereka masih kanak-kanak! Memang ada laman web lucah kanak-kanak yang suka cari gambar kanak-kanak yg ‘seksi’ untuk menjadi bahan tatapan dan perbincangan mereka. Richard Huckle yang saya cerita tadi tu simpan 20,000 gambar kanak-kanak sebagai koleksi!

7. Pastikan telefon pintar anak kita jenis yang tak ada aplikasi instant messanger seperti Whatsapp, WeChat dan lain-lain. Cukup la dengan sms dan call biasa je.

8. Kalau anak nak pakai juga guna internet dan apps yang lain. Pastikan kita dah install apps untuk monitor aktiviti anak kat telefon pintar tu. Contoh apps yang korang boleh download kat Google Play atau Apple Store untuk mengawasi telefon pintar anak korang :

I. Kids Place – Parental Control
II. Abeona – Parental Control & Device Monitor
III. Screen Time Parental Control
IV. Parental Control Board

Saya juga minta sangat ibu bapa kat luar sana untuk sebarkan Talian Kasih 15999 yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat.

Kalau ada je korang suspek benda jijik ni berlaku, tolong hubungi nombor tu. Mungkin ada beribu lagi kes pedofilia di luar sana yang sedang berlaku tapi mungkin kerana kurang pendedahan dan tak tahu nak mengadu kat siapa akhirnya mangsa dan keluarganya berdiam diri je.

pedofilia-3

Benda ni boleh je terjadi pada ahli keluarga kita, anak-anak kita tanpa kita sedar pun sebab kita tak ambil berat pun pasal kes pedofilia ni.

Korang jangan ingat pedofil ni suka rogol je. Ada jugak yang jenis dera dulu sebelum rogol. Ada jugak yang jenis rogol dulu sebelum bunuh.

Saya mohon sangat-sangat korang amalkan tips yang saya bagi kat atas ni sebagai langkah berjaga-jaga dengan orang yang ada penyakit pelik ni.

Kalau ikut Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5) pun pedofilia ni termasuk dalam kategori paraphilia, sejenis bentuk penyimpangan seksual.

Korang jangan pelik ada orang yang berkahwin dengan patung la, ada yang suka skodeng orang la, ada yang suka curi seluar dalam orang la sebab memang semua ni termasuk dalam kategori paraphilia tu la. Ya, sejenis penyakit mental! Jom saling mengingatkan sesama kita.

Baca lagi: Lagi Tentang Jenayah Pedophilia. Fikir 19 Kali Sebelum Upload Gambar Anak Di Media Sosial