Kata orang, seumur hidup sekali mesti pergi menjelajah ke Eropah untuk melihat keindahan dan budaya yang ada di sana. Akan tetapi, pasti ada daripada anda pernah mendengar cerita sisi gelap di Eropah.

Kita sering mendengar pelancong di Eropah kena tipu dan hilang duit, kamera, dan sebagainya kerana scammer professional di sana. Apa kata baca taktikĀ scammer di bandar-bandar besar Eropah. Sudah sedia?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1) Perhatikan orang Gypsy

Jika anda berada di Berlin dan berjalan-jalan sekitar Berliner Dom, anda akan didatangi orang Gypsy yang bertudung (bukan tudung sebenarnya). Mereka akan bertanya ‘ do you speak english?’, tidak perlu dilayan mereka itu.

83003578_2912750222122103_3943601729525776384_n

2) Pura-pura melanggar

Apabila anda berada di metro Rome, berhati-hati dengan beg anda kerana akan ada orang sengaja melanggar anda ketika memasuki metro. Kejadian tersebut berlaku di depan mata ketika sekumpulan tourist dari India memasuki ke metro.

3) Diperhatikan oleh pick pocket

Setibanya di London, kawasan tersebut merupakan hot spot untuk pick pocket. Pastikan anda berhati-hati ketika berada di sekitar London Bridge dan juga jambatan Westminster sebab kawasan tersebut adalah red zone untuk pelancong.

4) Lebih berhati-hati di sekitar Paris

Jika berada di Paris, kadang-kadang kita sangkakan orang berkulit gelap atau Afrika dekat dengan menara Eiffel itu yang disangka jahat walhal mereka datang dari Afrika untuk cari makan jika anda tegur dengan baik dengan beri salam, pasti mereka jawab dengan baik.

83967968_2912750388788753_1524276274078416896_n

Malah, anda juga boleh dapatkan diskaun andai kata menegur mereka dengan baik. Akan tetapi, apabila anda berada di Metro, berhati-hati dengan orang Eropah Timur atau Imigran Gypsi dari Romania, Albania yang banyak membuat hal di Paris.

5) Tanda tangan petisyen

Jangan layan jika ada pihak ingin meminta anda untuk tanda tangan petisyen kerana kemungkinan mereka ingin ambil perhatian anda sahaja sambil rakan lain buat ‘kerja mereka’.

6) Harga barang yang mahal

Andai kata anda datang melawat Collesuem di kota Rome, akan ada orang jual selfie stick dan akan tawarkan harga untuk tourist guide. Seeloknya anda ke kedai berhampiran jika tidak mahu membayar dengan harga tinggi.

83027126_2912750472122078_7580970907867283456_n

7) Ulat tiket perlawanan EPL

Jika anda mahu beli tiket perlawanan EPL, pastikan beli di kaunter dengan anda sebagai ahli kelab jika tidak mahu beli dengan harga berkali ganda. Ada orang juga tawarkan di bandar-bandar yang ada stadium.

8) Penipuan jualan

Berhati-hati di jalan berdekatan dengan Bayswater kerana akan ada lelaki dari Itali akan menjual jaket buatan Itali kerana tiada duit nak balik ke sana. Pada mulanya, jaket berkualiti yang ditunjukkan tetapi selepas mendapat wang mereka akan beri jaket yang tidak berkualiti kepada anda.

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan pastinya anda akan lebih berhati-hati ketika berada di Eropah. Elakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan di sana.

Tidak hanya di Eropah, terdapat pelbagai taktik ‘scammer’ di negara-negara lain juga. Tidak percaya? Klik pautan di bawah untuk ketahui taktik mereka.

Lelaki Ini Dedah ‘Scam’ Yang Sedang Berleluasa Di Tanah Suci

Ini Taktik ‘Scammer’ Di Delhi Dan Agra, India Serta Tip Mengelakkannya

9 Langkah Tuntut Semula Duit Anda Lepas Kena Tipu Dengan Scammer Pakej Travel