Hobi traveling saya bermula sejak saya tahun 1 di universiti. Memang seronok belajar di universiti antarabangsa sebab dapat ramai kawan dari luar negara.

Pertama kali saya travel ke Singapura gara-gara sering di jemput kawan saya yang berasal dari Singapura untuk ke rumah dia. Apa lagi, dah alang-alang ada yang menjemput, terus saya merancang untuk buat trip ke sana.

Saya ajak beberapa rakan untuk turut sama mengembara dan alhamdulillah ada 2 orang yang sudi.

Habis dari trip ni, terus saya jumpa passion saya untuk mengembara lebih banyak dan lebih jauh. Minat travelling saya menjadi-jadi.

Sebagai seorang pelajar, duit memang satu cabaran. Nak travel ni sekurang-kurangnya makan duit beratus-ratus ringgit walaupun backpacking style.

Memandangkan saya masih belajar dan masih mempunyai tenaga, waktu ini lah waktu yang paling ideal untuk keluar mengembara. Tenaga masih kuat dan masa pun banyak (cuti semester), jadi tinggal duit je kena cari.

kerja-part-time-untuk-student-1

kerja-part-time-untuk-student-9

kerja-part-time-untuk-student-11

kerja-part-time-untuk-student-10

Alhamdulillah, walaupun datang dari keluarga sederhana, dari kecil memang saya dilatih untuk berdikari, jadi nak kongsikan sikit beberapa cara yang saya gunakan untuk mencari duit travel.

1. Jual kerepek

Cara ini saya memborong kerepek, mempaketkan kepada paket kecil-kecil dan menjualnya dengan harga RM1.

Saya cuma letakkan satu kotak di Musolla atau tangga asrama beserta tabung kecil, dan kalau orang nak membeli mereka boleh ambil dan bayar. Simple je.

Selang 2 hari topup lah balik keropok yang dah dijual, dan kosongkan tabung.

Risiko: Barang dicuri tinggi. Jadi kena pandai letak di tempat yang orang-orangnya jujur.

Hasil: RM20-RM50 sebulan.

2. Servis Printing

Awal idea datang bila nak beli printer tapi kena guna duit sendiri. Jadi terfikir macam mana nak dapatkan balik duit yang dah dibelanjakan tu.

RM300 juga beli printer. Akhirnya buat keputusan untuk buat servis printing di bilik secara kecil-kecilan.

Ramai je pelajar lain datang sebab kedai fotokopi memang tak buka malam. Dan harga yang saya tawarkan sangat berpatutan untuk pelajar, tambahan pula dekat sebab di bilik hostel.

Risiko: Virus masuk laptop. Jadi sebelum mereka datang dan cucuk pendrive tu, saya tanya dulu ada virus ke tak.

Selalunya saya minta customer email sahaja kepada saya dokumen yang nak dicetak. Alhamdulillah setakat ni 3 tahun dah buat servis belum pernah kena virus.

Hasil: RM20-RM50 sebulan.

3. Part time pertama: Petrosains.

Petrosains ni saya dah kerja sejak habis matrikulasi. Yang seronok bila waktu kerja flexible, boleh kerja hari apa yang kita suka.

Awal-awal dulu kerja 2-3 bulan semasa cuti sebelum masuk degree. Bila dah masuk degree saya cuma kerja sabtu dan ahad atau ketika cuti semester. Sehari kerja dibayar RM40.

Risiko: Rasa nak kerja hari-hari dan tak nak pergi kelas, sebab environment kerja Petrosains ni best sangat!

Hasil: Bergantung kerajinan saya. RM100-RM300.

4. Part time ke 2: Syarikat Konsultan

Kerja di sini bermusim. Bila ada keperluan baru dipanggil. Kebanyakan kerja logistik, penat sikit angkat-angkat barang.

Tapi banyak ilmu belajar sambil bekerja. Kalau syarikat lain bayar mahal-mahal untuk belajar ‘Presentation Skill Course’, saya dapat belajar percuma. Siap dibayar lagi. Wuhuu!

Risiko: Tak cukup tidur.

Hasil: RM100-RM200 per event.

5. Jadi Fasilitator

kerja-part-time-untuk-student-3

Saya berpengalaman menjadi fasilitator buat kem-kem yang dianjurkan oleh UIA. Pelantikan secara rasmi.

Siap kena pergi interview nak jadi fasi. Setiap semester akan ada 2-3 kem yang dianjurkan. Sambil kerja sambil dapat ikut travel ke resort, pantai. Makan minum tempat tinggal semua di sponsor. Wuhuu!

Risiko: Tiada.

Hasil: RM50 setiap kem.

6. Jual kuih raya

kerja-part-time-untuk-student-6

Bila tiba bulan Ramadhan biasanya tengah cuti semester. Jadi saya duduk di rumah buat kuih raya.

Ye lah, daripada tak buat apa kan. Jual kuih pun kepada kawan-kawan dan jiran-jiran. Alhamdulillah ada lah sikit hasil.

Risiko: Tiada.

Hasil: RM200-RM300.

7. Jual nota sendiri

kerja-part-time-untuk-student-7

Di UIA, saya banyak buat peta minda untuk subjek-subjek yang saya belajar. Dan alhamdulillah dapat ilham untuk berkongsi peta minda ni dengan junior-junior yang lain.

Memandangkan saya ada printer sendiri, jadi saya buat salinan sendiri dan menjual setiap salinan kepada sesiapa yang nak salinan tu.

Alhamdulillah dah masuk 6 semester saya buat jualan ni, dan hasilnya sangat positif, untuk pelajar-pelajar lain, dan untuk bisnes printing saya juga.

Risiko: Orang lain fotokopi tanpa izin. Allahualam.

Hasil: RM100-RM500 sebulan.

8. Wakil universiti

kerja-part-time-untuk-student-2

kerja-part-time-untuk-student-8

Saya main sukan sebab memang minat dan salah satu cara saya dapat sihat tubuh badan. Kepuasan bermain tu best.

Disamping tu ada juga lain yang best. Dapat baju free, dapat makan free, dapat jalan-jalan dan dapat elaun. Yeah!

Risiko: Kecederaan semasa bermain (pernah masuk hospital dan 3 bulan nak pulih)

Hasil: RM60-RM80 per tournament.

9. Jual baju (MY Travel Shirt)

Ni paling terbaru. Memandangkan dah ada sedikit pengalaman travel luar negara di mana rasa nak menangis sebab orang lokal tak bercakap Bahasa Inggeris, jadi dapat idea untuk buat T-shirt travel.

Dapat idea ni dari internet juga tapi ubah sikit untuk memudahkan saya sebagai Muslim traveller ke mana-mana. Makanan halal dan masjid untuk solat itu harus ada.

Jadi tadaaa. T-shirt ni ada icon kedua-dua ni. Alhamdulillah keluarga dan kawan pun turut beri sokongan dengan membeli dari saya dan harapnya dapat memudahkan ramai lagi traveller kat luar sana untuk travel tanpa risaukan cabaran berbahasa asing.

Hasil: RM50-RM200 sebulan.

Baca: 7 Tip Simpan Duit Dan Berjimat Semasa Travel Untuk Yang Masih Belajar

kerja-part-time-untuk-student-13

kerja-part-time-untuk-student-20

kerja-part-time-untuk-student-15

kerja-part-time-untuk-student-20

kerja-part-time-untuk-student-19

kerja-part-time-untuk-student-18

kerja-part-time-untuk-student-16

Apapun, banyak sebenarnya cara untuk cari duit sewaktu kita belajar. Ada kawan yang boleh buat sampai beribu-ribu dengan servis sewa kereta, jual tudung, part-time catering, jaga butik dan banyak lagi cara.

Satu lagi, memang nampak banyak duit ada, tapi keperluan seharian memerlukan duit juga, ada juga saya gunakan untuk belanja makan.

Dalam masa yang sama kena pandai berjimat. Sewaktu di universiti, memang jarang saya keluar lepak di shopping mall, tengok wayang, makan di kafe hipster dan shopping.

Dan bila jadi fasi, jadi volunteer, jadi wakil uni ni kebanyakan waktu tak perlu keluar pun duit untuk makan.

Dan kelebihan ada simpanan ni, bila syarikat penerbangan buat promosi return tiket murah memang tak hengat, duit dah ada dalam tangan untuk terus beli, justeru menjadikan travel kita murah dan jimat.

Jadi selalunya saya plan awal-awal bila cuti semester dan beli tiket bila ada yang murah. Ada kawan atau tiada kawan nak ikut fikir nanti. Nanti boleh ajak. Kalau tiada travel solo pun apa salahnya kan? Lagi adventure.

Alhamdulillah selama 4 tahun belajar di UIA dan setelah berjaya menyimpan duit, saya berjaya travel di dalam dan di luar negara sebanyak 17 kali, dan berjaya mencapai lifetime travel wish iaitu ke Scotland!

Antara negara yang pernah saya kunjungi adalah Singapura, Thailand, Indonesia, Turki, Greece, Rome, London dan Scotland.

Baca lagi: Masih Belajar Tapi Nak Travel? Ini 5 Cara Jana Pendapatan Sampingan Sebagai Pelajar