Ia merupakan satu berita gembira buat peminat filem apabila kerajaan membenarkan pawagam dibuka semula bermula 1 Julai 2020 ini setelah ditutup sejak 18 Mac yang lalu. Ini bermakna, sudah 3 bulan pawagam kegemaran anda tidak menerima kunjungan kaki wayang.

Pembukaan pawagam juga tidak terlepas daripada SOP yang akan dikeluarkan oleh kerajaan tidak lama lagi. Tetapi seperti juga pawagam di luar negara, penjarakan sosial dengan menyelang tempat duduk antara penonton adalah norma baharu. Jadi kemungkinan besar couple seat tidak akan ada buat sementara waktu.

GSCinemas yang sentiasa aktif di media sosial walaupun sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah berkongsikan senarai filem yang akan ditayangkan Julai ini.

Jadi di sini kami kongsikan trailer untuk setiap filem untuk tontonan anda. Setakat 9 ini pun semuanya mantap belaka. Untuk tarikh tayangan yang sebenar, kita nantikan pengumuman lanjut daripada pihak GSCinemas.

1. TENET

2. Train To Busan: Peninsula

3. MULAN

4. My Hero Academia: Heroes Rising

https://www.youtube.com/watch?v=P2DEipI1obI

5. Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna

6. Unhinged

7. Intruder

https://www.youtube.com/watch?v=YD3XW-VkG8I

8. Low Season

9. kaiji: Final Game

https://www.youtube.com/watch?v=OUzxwEd2XJg

Sebelum ini tular gambar pawagam yang dipenuhi kulat selepas lama ditutup. Kami yakin masalah ini telah ditangani untuk menyambut kedatangan anda ke pawagam. Baca lagi pada pautan di bawah.

Panggung Wayang Dipenuhi Kulat Selepas Hampir 2 Bulan Tidak Beroperasi

Kehadiran Rasputin Dalam Trailer Baharu The King’s Man Pasti Buat Anda Teruja

Trailer Baharu Peninsula Papar Kepayahan Hidup Selepas Tragedi Train To Busan