Setiap bandar di dunia menetapkan standard gaji minimum yang berbeza, di mana ia mesti dibayar dan digunakan sebagai penanda aras berdasarkan pendapatan dan keperluan hidup rakyat di sana.

Sebagai contoh, Geneva telah diisytiharkan sebagai bandar atau wilayah dengan gaji minimum tertinggi di dunia. Dalam setahun, penduduk di sana mampu dibayar lebih daripada RM200,000 setahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Geneva adalah sebuah bandar di Switzerland dengan kepadatan penduduk seramai 500,000 orang. Di bawah undang-undang baharu, rakyat di sana akan menerima £ 41,430 setahun – setiap bulan, mereka akan mendapat £ 3,500 atau sekitar RM17,000.

Ini adalah keputusan baharu yang dibuat setelah rancangan ini disokong oleh dua pertiga pengundi. Keputusan ini bakal berkuatkuasa dalam masa terdekat, iaitu 17 Oktober 2020.

Kenaikan gaji minimun di Geneva sedikit sebanyak telah menarik minat orang untuk berpindah dan bekerja di sana. Tetapi harus diingat bahawa kos sara hidup di sana tinggi, malah Geneva berada di kedudukan kedua sebagai bandar termahal di dunia.

Antara faktor lain kenaikan gaji minimum di sana adalah disebabkan pandemik COVID-19, di mana sebahagian daripada penduduk terkesan setelah bergantung harap kepada sektor pelancongan.

Melihat keadaan ini, kenaikan gaji minimum di sana sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Geneva, terutamanya 30 ribu pekerja bergaji rendah yang kebanyakannya terdiri daripada wanita.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Lelaki Ini Terkejut Selepas Bandingkan Realiti Gaji Sebagai ‘Engineer’ Di Jepun Dengan Malaysia

Pasar PJ Old Town Tawar 1,000 Kerja Kosong Untuk Warga Tempatan Dengan Gaji RM2,000 Sebulan

6 Tips Buat ‘Engineer’ Peroleh Gaji Sehingga RM20,000 Sebulan Di Jepun