Dalam masa terdekat NASA akan menerbangkan kapal angkasa yang akan memintas asteroid yang mempunyai potensi untuk mengancam kehidupan di bumi dan meletupkannya dengan senjata nuklear. Bagi para ilmuwan, kaedah ini adalah antara yang paling berkesan dalam usaha untuk ‘menunda kemusnahan bumi’ atau dalam erti kata lain ‘kiamat’ dari serangan asteroid.

Bagi pandangan ilmuwan fizik dari Johns Hopkins University di Maryland, Patrick King mengatakan kaedah ini seperti membuat barisan pertahanan dari serangan luar. Apabila batu besar asteroid berada di garis perlanggaran dengan Bumi, ‘senjata’ ini akan meletupkan batu angkasa tersebut.

“Pengiraan terbaru ini menunjukkan bahawa pertahanan semacam itu sangat efektif dalam melindungi bumi dari serangan asteroid ketika waktu hentaman kurang dari satu tahun,” katanya seperti dikutip oleh Science Alert.

Model yang dibuat oleh para penyelidik melihat kesan bom nuklear 1 megaton yang menghantam asteroid selebar 100 meter (328 kaki). Lima orbit asteroid yang berbeza dianalisis, kemudian diletupkan dari seminggu hingga enam bulan sebelum terkena Bumi.

Untuk senario di mana kita dapat meletupkan asteroid dua bulan lebih awal daripada ramalan, ia akan hancur menjadi kira-kira 0.1 peratus daripada jisim asalnya. King mengakui itu adalah pilihan terakhir yang akan dipilih oleh para saintis. Kerana penyelidik lebih suka dengan kaedah memesong asteroid dari Bumi, di mana ia adalah kaedah yang telah diuji dengan lengkap dan teliti.

Selain NASA, China sebelum ini turut merancang untuk menghantar lebih 23 roket ke angkasa lepas bagi misi menghalang pelbagai jenis asteroid menghentam Bumi. Di mana mengikut kajian China, kebanyakan asteroid yang disasarkan mempunyai kemampuan untuk menghapuskan populasi dunia.

Saintis di Pusat Sains Angkasa Negara China meramalkan bahawa roket Long March 5 buatan China mempunyai kemampuan untuk menghalang daripada berlakunya pelanggaran di antara asteroid dan Bumi. Manakala 23 buah roket yang lain menurutnya akan dapat mendorong dan mengalihkan laluan perjalanan asteroid jauh dari Bumi.

Untuk rekod, NASA dan agensi lain terus menerus melabur dalam sistem pertahanan planet, terutama selepas beberapa penemuan yang mendapati terdapat beberapa asteroid yang dikelaskan sebagai bahaya kerana berpotensi untuk menghentam Bumi. Skala masa yang lebih lama sangat penting untuk memaksimumkan peluang para ahli dalam misi menolak asteroid keluar dari laluannya.

“Kajian terbaru ini adalah langkah penting untuk menunjukkan bagaimana alat multiphizik moden kita dapat digunakan untuk mensimulasikan masalah ini melalui pelbagai rejim dan skala waktu fizik yang relevan,” kata ahli fizik Megan Bruck Syal dari Lawrence Livermore Makmal Nasional (LLNL).

China mahu elak ‘kiamat’, hantar 23 roket ke angkass lepas dalam misi selamatkan Bumi. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

China Mahu Elak Kiamat, Hantar 23 Roket Ke Angkasa Lepas Dalam Misi Selamatkan Bumi

NASA Kaji Asteroid Gergasi Yang Bernilai RM41,563,418,211,000,000,000

Detak Jantung Bumi, Bunyi Misteri Yang Datang Setiap 26 Saat