Ahli arkeologi menemui patung batu unik yang dipanggil berhala bermata satu di tapak bandar purba Petra, Jordan, yang pernah didiami oleh orang Nabatean. Difahamkan pada masa itu golongan Nabatean menyembah tiga tuhan wanita, iaitu Allat (Dewi), Al-‘Uzza (Yang Maha Kuasa) dan Manat (Dewi Takdir).

Untuk pengetahuan anda, di tengah-tengah Petra berdirinya sebuah Kuil Singa Bersayap. Ia dinamakan sempena ukiran singa bersayap yang pernah menghiasi tiangnya. Di kuil ini ahli arkeologi menemui patung berhala bermata satu, “Sebuah patung mata unik ditemui di sini, diukir dengan hiasan, ia adalah imej dewi yang menarik,” kata Dr Glen Corbett, dari Pusat Penyelidikan Oriental Amerika di Jordan.

Tambahnya orang Nabatean yang tinggal di Petra nampaknya telah menyembah dewi Al-‘Uzza. “Ini adalah dewi terkuat dalam kepercayaan Nabatean,” katanya seperti dikutip Express.

Oleh kerana ia ditemui di tengah-tengah runtuhan kuil, penyelidik percaya bahawa ia didedikasikan untuk dewi Al-‘Uzza. Terdapat beberapa petanda yang ditemui di kuil tersebut menunjukkan bahawa ia adalah tapak ritual misteri untuk menyembah Al-‘Uzza. Upacara itu akan melibatkan pembakaran kemenyan dan nyanyian. Di dalam, satu pentas telah direka khas supaya imej dewi dapat disembunyikan daripada pandangan.

“Dengan cara yang sangat dramatik, apabila anda menarik tirai, tiba-tiba, anda berhadapan dengan imej visual dewi Al-‘Uzza, sedang duduk,” kata Dr Corbett. Tambahan pula, ketua ritual itu akan memainkan peranan penting dalam upacara tersebut, “Status hebat Al-‘Uzza menunjukkan bahawa wanita warga Nabatean juga penting dalam masyarakat ini,” katanya.

Ahli arkeologi Israel dakwa jumpa ‘harta’ Nabi Sulaiman. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Ahli Arkeologi Israel Dakwa Jumpa ‘Harta’ Nabi Sulaiman

Masjid Tertua Di Dunia Ditemui Di Israel, Dipercayai Dibina Oleh Sahabat Nabi

Penemuan Paling Mengejutkan, Misteri Menara Yang Dibina Dengan Tengkorak Manusia