Sebentar tadi telah berlangsungnya acara Apple “Spring Forward” dan Apple telah memperkenalkan Macbook baru dan juga Apple Watch. Kami lebih tertarik untuk memperkatakan tentang Macbook baru.

“Reinventing the notebook” itulah tema yang digunakan oleh Apple. Dan gergasi Cupertino itu sekali lagi membuktikan kemampuan mereka untuk terus mencabar industri notebook dengan memperkenalkan Macbook serba baru yang cantik dan elegan.

huawei
HYPE
Tingkatkan Produktiviti Bekerja, Ketahui Bagaimana 3 Produk Hebat HUAWEI Ini Dapat Membantu
Baca lagi →

Apple sekarang menawarkan Macbook dalam tiga warna pilihan sama ada gold, silver dan space grey, dengan ciri Retina Display, papan kekunci yang di buat semula, dan trackpad yang dikemaskini bukan sahaja mengesan pergerakan tapi juga mengesan jumlah tekanan yang diberikan ke atas trackpad. Force Touch trackpad ini membolehkan pengguna melihat wikipedia, lokasi Google Maps dan beberapa statistik hanya dengan menggunakan jari telunjuk.

Semua ini didatangkan dalam satu pakej yang 24% lebih nipis daripada model bawah Macbook Air 11 inci. Apple berjaya membuang penggunaan kipas penyejuk untuk menjadikan ia nipis, malah Macbook baru ini adalah yang pertama daripada Apple yang tidak menggunakan kipas penyejuk. Saiz nipis Macbook ini juga dicapai dengan penggunaan logic board yang lebih kecil, dan penggunaan processor Intel M dan jugal bateri yang mampu bertahan sepanjang hari menjadikan Macbook ini antara notebook yang paling mudah untuk mereka yang sukakan mudah alih.

Macbook baru ini dijual pada harga RM4,499 dan spesifikasi lebih tinggi dijual pada harga RM5,499. Anda boleh lihat dengan lebih dekat Macbook Gold di bawah kerana secara natural gold ialah warna yang paling menangkap mata.

MacBook_OP90_Tilt_Gld-PRINT.0

9k_.0

2Q__.0

2Q__-2.0

Z.0

Z.0

2Q__-1.0

9k_-1.0

Anda Mungkin Suka