Macam-macam rumah yang anda boleh jumpa di Airbnb. Ini antara yang paling unik yang anda boleh sewa ketika ini. Rumah hijau berada di Boston, Amerika dan anda oleh menyewanya jika anda ke Boston.

Rumah berkeluasan 2.3 meter persegi ini tidak mempunyai TV, internet, dan aircon tetapi mempunyai keperluan asas seperti dapur kecil dan tempat untuk anda bermain laptop. Tiada tandas dan anda mungkin perlu gunakan tandas awam berdekatan.

Menariknya rumah ini ada roda dan anda boleh bawa rumah ini ke mana saja anda pergi di Boston. Kalau anda mahu tidur di tepi tasik, bawalah rumah ini ke tepi tasik. Rumah ini kecil dan hanya muat untuk seorang individu dewasa sahaja.

Pereka rumah kecil ini, Jeff Smith sengaja mencipta rumah itu dan letakkannya di Airbnb untuk lihat minat orang ramai sama ada mereka boleh menerima idea rumah ini atau pun tidak.

“Ia bermula sebagai karya seni, tetapi saya mahu cuba menyewakan rumah ini pada orang ramai. Sy mahu dengar feedback dari siapa yang menyewa rumah ini nanti,” kata Jeff. Kalau anda mahu mencuba, anda boleh mendaftar di sini dan kadar sewaan rumah ini adalah pada RM223 satu malam.

small h2

small h3

Sumber