Tahukah anda bahawa Korea merupakan antara destinasi pilihan untuk berbulan madu? Selain itu, ramai juga anak muda dan juga keluarga yang datang ke Korea untuk melancong. 

Bukan sahaja anda bakal melihat pemandangan yang cantik, tetapi anda juga dapat merasai pengalaman dan mempelajari budaya di sana. Setiap kali melancong, anda pasti ingin berjimat sedikit agar tidak melebihi bajet yang telah ditetapkan.

Screen-Shot-2018-01-08-at-6.49.39-PM
HYPE
Bertekak Gara-Gara Nak Beli Rumah Kedua, Apa Kena Pula Awal & Scha Ni?
Baca lagi →

Rasanya ramai orang sudah tahu kewujudan aplikasi Klook yang awesome dan memudahkan kita serta menjimatkan masa, tenaga dan wang. Bukan sahaja kita tidak perlu sakit kepala cari pass masuk ke lokasi tarikan di destinasi percutian, tetapi juga boleh dapatkan idea aktitivi lain yang boleh dilakukan sepanjang percutian.

Tidak percaya? Di bawah ini kami listkan beberapa tawaran menarik yang mungkin anda berminat untuk cuba.

1. Taman Tema Everland

EverlandFullDayTripwithAdmissionandTransfersfromSeoul

Everland merupakan taman tema terbesar di Korea dan rugi jika anda tidak berkunjung ke sini. Pastinya anda dapat berhibur di sini dengan bermain permainan yang cukup menghiburkan.

Untuk pengetahuan anda, Taman Tema Everland ini terletak di Yongin City, Gyeonggi-do. Sebenarnya, boleh dikatakan tidak cukup untuk menjelajah kesemua tarikan yang ada di sini dalam masa sehari.

everland

Gambar hiasan. Sumber: Big Counter

Bagi kami, setiap tarikan yang ditawarkan di Everland ini cukup mengujakan kami kerana sesuai untuk setiap golongan umur. Anda boleh melihat keindahan bukit dan pemandangan sekitar Everland dengan menaiki kereta kabel dan Sky Way.

Selain itu, anda juga dapat berjalan-jalan di taman bunga dan dapat menaiki Merry-Go-Round. Tidak lengkap sesuatu taman tema itu jika tiada roller coaster, anda juga boleh menaiki roller coaster di sana yang pasti membuat anda teruja.

Dengan Klook, anda dapat beli tiket dengan harga promosi dan terdapat juga penawaran promosi beserta pengangkutan. Anda tidak perlu lagi beratur untuk membeli tiket masuk.

2. Pakej sehari ke Nami Island

NamiIsland,PetiteFrance,GardenofMorningCalm,orGangchonRailBikeDayTourfromSeoulbySATour

Nami island ataupun pulau Nami ini memang destinasi pilihan lagi-lagi waktu musim panas, luruh dan sejuk. Bagi anda yang tidak tahu, pulau Nami ini adalah salah satu pulau kecil yang terkenal di Korea.

Jujur kami katakan yang kami mula kenali pulau Nami ini kerana drama terkenal Korea satu ketika dahulu iaitu Winter Sonata. Terdapat pelbagai tarikan yang anda boleh lakukan di sini seperti melawat Petite France,  Garden of Morning Calm, atau menaiki basikal bersiar-siar di Gangchon.

sweetescape-nami-island-photography-914a48a3bdb

Gambar hiasan. Sumber: CDN

Anda bakal dihadiahkan dengan pemandangan yang indah di sekitar pulau Nami dengan menaiki basikal. Memang boleh dikatakan suasana di sana sangat romantik dan memang tempat terbaik buat anda yang datang berbulan madu sebenarnya.

Menarik kan tempat-tempat ini? Tempat ini memang sesuai bagi mereka yang suka mengambil gambar kerana memang instagramable lah. Pasti gambar anda akan berjaya menarik ramai orang lihat.

3. Sewa pakaian tradisional ‘Hanbok’

BukchonOnedayHanbokRentalExperience(424Hrs)

Gambar hiasan. Sumber: Klook

Bagi penggemar drama Korea yang berkonsepkan zaman dinasti Joseon seperti Scarlet Heart Ryeo, Kingdom dan banyak lagi pasti teringin mengenakan busana tradisional mereka iaitu hanbok.

Kata orang tidak lengkap jika ke Korea tetapi tidak memakai hanbok. Apabila anda memakai hanbok, anda dapat merasai pengalaman seperti berada pada zaman dinasti Joseon dan anda akan dapat menikmati pelbagai diskaun untuk masuk ke beberapa tempat tarikan jika memakai hanbok.

Mesranya-Mike-Lewis-dan-Pacar-Barunya-Jalan-jalan-ke-Korea-Selatan-4

Gambar hiasan. Sumber: Travelingyuk

Untuk pengetahuan anda, masyarakat di Korea kebiasaanya memakai hanbok untuk acara formal, upacara, festival dan ia juga merupakan pakaian harian tetapi kini hanbok tidak lagi digunakan dalam kegiatan harian.

Anda boleh menyewa Hanbok dengan mudah dan boleh bersiar-siar selama sehari menggunakan pakaian tradisional itu dengan Klook. Sudah ada hanbok, anda boleh ke istana berdekatan untuk bergambar atau recreate moment seperti dalam drama untuk dikongsikan di media sosial.

4. Discover Seoul Pass 

DiscoverSeoulPass(BTSEditionAvailable)

Terdapat banyak tempat menarik di Korea terutama sekali di Seoul yang anda boleh kunjungi. Pasti anda ingin pergi kesemua tempat dan sering risau dengan bajet anda.

Jangan risau, kami ada penyelesaiannya dimana anda harus dapatkan pas Discover Seoul ini apabila melancong ke Korea. Kelebihan pas ini adalah anda boleh melawat ke 42 tempat tarikan pelancong secara percuma dengan adanya pas ini dengan 3 pilihan masa iaitu 24 jam, 48 jam atau 72 jam.

1524821965-25._런닝맨

Gambar hiasan. Sumber: DiscoverSeoul

Betul, anda tidak salah lihat kerana anda boleh masuk secara percuma! Jika anda gemar menonton rancangan Runningman, anda boleh melawat ke tempat penggambaran episod 1 rancangan tersebut secara percuma. Malah, anda juga dapat masuk ke Lotte World, bestkan tawaran ini?

Bagi memudahkan anda untuk ke destinasi-destinasi pilihan, anda boleh menggunakan ‘Korea Rail Pass‘ dimana anda dapat menaiki kereta api tanpa limit. Dengan adanya Korea Rail Pass ini, anda boleh ke lebih 800 stesen dan 80 tempat berbeza.

Anda boleh dapatkan tiket dan survey secara atas talian di Klook serta anda tidak perlu lagi beratur panjang hanya untuk membeli tiket. Malah, segala pembelian anda akan disimpan dalam telefon dimana anda hanya perlu scan sahaja dan tidak perlu tiket fizikal untuk beberapa tarikan.

NamiIsland,PetiteFrance,andGangchonRailBikeDayTripfromSeoul

Sumber: Klook

Selain itu, anda juga boleh membaca review pengguna yang telah membeli tiket menggunakan Klook dimana memang terbaik. Anda tidak perlu risau kerana tiket-tiket yang ditawarkan Klook memang boleh dipercayai.

Klook tawarkan satu kemudahan untuk anda lakukan aktiviti-aktiviti dan sediakan perkhidmatan perjalanan untuk anda dengan harga yang terbaik. Malah, terdapat lebih 100,000 aktiviti yang ditawarkan di hampir 350 destinasi. Anda boleh membuat tempahan di sini ataupun di aplikasi Klook. Tiada aplikasi Klook? Anda boleh muat turun aplikasi Klook di Google Play atau App Store.

Tidak tahu ingin ke mana di Korea? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

12 Lokasi Menarik Di Luar Seoul Yang Mesti Anda Kunjungi Jika Ke Korea Selatan

5 Lokasi ‘Hidden Gem’ Di Pulau Jeju Yang Ramai Tidak Tahu

7 Destinasi Menarik Yang Buatkan Busan Digelar ‘Hidden Gem’ Korea

Anda Mungkin Suka