Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 260 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat dari sidang media KKM sebentar tadi, pertambahan jumlah kes ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dilaporkan meningkat kepada 11,484 kes.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dr Noor Hisham dalam sidang media tadi berkata peningkatan mendadak ini sesuatu yang merisaukan pihak KKM memandangkan pertambahan ini merupakan kes tertinggi dalam sehari sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun 2020 yang lalu.

Daripada 260 kes baharu yang dilaporkan hari ini, terdapat 259 kes merupakan kes tempatan dan hanya 1 kes import KKM.

Netizen sebelum ini turut meluahkan kerisauan berkenaan perbezaan kuarantin wajib untuk individu yang pulang dari Sabah. baca lagi pada pautan di bawah.

Perbezaan Kuarantin Antara Individu Pulang Dari Sabah Dan Luar Negara Undang Kerisauan Netizen

‘Apa Kata Kita Semua Kembali Duduk Di Rumah Buat Sementara Waktu?’- Perkongsian DG Hisham Cetus Tanda Tanya

Pengacara Ini Temuramah Kerusi Kosong, Menteri Kesihatan Indonesia ‘Hilang’ Selepas Kes COVID-19 Naik