Ramai yang tanya macam mana nak bekerja di luar negara.

Selalu kita dengar di Malaysia kerja sambil belajar dan belajar sambil bekerja dan jarang sekali kita mendengar mengembara sambil bekerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kebanyakannya yang mengembara sambil bekerja ini adalah para backpacker yang berhenti kerja dan keluar dari kepompong keselesaan untuk menjelajah dunia.

Backpackers yang mengembara dalam jangka masa yang panjang pasti akan kehabisan duit juga tetapi sebagai pengembara kehabisan duit tidak mematahkan semangat mereka. Aku kenal beberapa backpacker Malaysia yang mengembara sambil bekerja untuk meneruskan pengembaraan mereka.

Ini adalah 8 tips untuk sesiapa yang ingin menjadi backpacker sebab bukan semua yang kita lalui itu indah tetapi semua yang kita lalui itu adalah pengalaman dan pengajaran untuk kita meneruskan hidup.

1. Mental

Mental bagi aku adalah no 1, badan kau besar mana pun, kau pergi gym ke, ada sixpack ke kalau mental kau tak kuat aku tak galakkan kau mengembara cara backpacker sebab setiap negara budaya kerja mereka berbeza.

Kalau baru setakat kerja di Malaysia kau dah merungut, aku sarankan tak payah lah kerja keluar negara sebab bila kau bekerja di luar negara kau akan lihat corak kerja yang berbeza.

2. Fizikal

Fizikal adalah no 2. Kalau setakat bawa beg besar jalan 1 km dah merungut tak payah lah. Aku pernah berjalan kaki  7 km usung backpack aku yang juga menjadi rumah aku ketika mengembara.

3. Mentaliti

Kalau kau datang dengan mentaliti untuk melancong dan bukan untuk belajar pun susah jugak sebab bila kau kehabisan duit dan bekerja persepktif kau akan berbeza terhadap sesebuah negara kerana kau sendiri akan masuk dan perlu mendalami budaya kerja mereka.

cara-cari-duit-semasa-travel-1

cara-cari-duit-semasa-travel-2

cara-cari-duit-semasa-travel-3

cara-cari-duit-semasa-travel-5

4. Pergaulan

Kau kenalah ramah dengan semua orang dan jangan la cakap besar macam negara kau saja bagus dan sebagainya sebab kau datang untuk buat kawan dan belajar bukan untuk bermegah-megah . Macam orang tua-tua cakap “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang Harimau mengaum.”

5. Sikap

Bila kau mengembara perangai kau yang kat Malaysia tinggal di Malaysia. Jangan bawa sebab di setiap negara, budaya dan cara nya berbeza. Kau yang kena terima budaya mereka bukan mereka kena terima budaya kau.

Sikap ‘bodoh sombong’ itu buang jauh-jauh, cuba jadi macam budak baru belajar. Sebenarnya banyak yang kita boleh belajar.

6. Muka tak malu

Jadi lah seorang yang berani dan muka tak malu untuk bertanya dan bergaul.  Sebab lagi ramai kawan lagi senang kau nak kerja dan kau juga boleh buat styledoor to door‘.

Apa kau ingat marketing je ada style door to door? Backpackers pun ada okay. Ketuk pintu ke pintu untuk bertanya ada kerja kosong.

7. Pandangan terhadap sesebuah negara

Bila kau datang sesebuah negara sebagai backpacker pandangan kau jangan menyangka semuanya indah sebab cabarannya itu lagi banyak berbanding apa yang kau bayangkan.

8. Duit

Duit bukan segala-galanya tetapi semuanya memerlukan duit. Bila kau mengembara kau akan jadi seorang yang realistik dan bukan seorang yang materialistik.

Tapi untuk bergerak kau memerlukan duit jadi aku sarankan sentiasa ada simpanan sedikit dan pandai uruskan kewangan diri.

Sebenarnya ada banyak tapi ini apa yang terlintas dan yang pernah aku lalui sepanjang pengembaraan aku. Nasihat aku bila kau mengembara jangan sesekali busukkan nama negara kita sendiri.

Keluarlah mengembara melihat dan menimba ilmu yang bukan semua orang merasanya.

Majulah Backpackers Demi Negara

Baca lagi Bagaimana Aku Habis Duit Hingga Perlu Bekerja Sewaktu Travel Di Korea