Tantrum si anak? Sudah hampir 3-4 bulan saya usaha amal (ada beberapa kali kalah juga). Apabila anak menangis teruk, membentak, menjerit, berguling atau apa sahaja. Ternyata paling utama adalah Ibu Abi kekal tenang dan pandang dengan empati. Pandang dengan hati.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=40&v=5_UVgmPDMRY

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semakin anak menjerit kuat atau tinggikan nada, selalunya kita terdorong untuk kuatkan suara juga. Biasanya akan bawa pada dua hasil; anak semakin kuat kan tangisan kerana semakin marah kecewa atau anak akan senyap kerana takutkan kita.

Keduanya tidak bagus, membuat anak semakin marah kecewa lebih melambatkan proses mereka untuk belajar kawal emosi dan belajar ekspresikan perasaan, manakala membuat anak takut hanya meninggalkan trauma dan self esteem yang rendah, malah bonding kita pun terganggu.

Untuk 3-4 bulan ini Ibu belajar menjadi tenang, apabila Nailah menangis teruk, Ibu datang hampir, duduk melutut ke lantai (sama paras mata) sambil tangan pegang kedua belah gemgaman tangannya. Perlahan dan lembut Ibu akan tanya, kenapa.. kenapa sedih.. kenapa menangis..

Semakin kuat Nailah menangis, semakin ibu perlahankan suara sambil mata Ibu pandang Nailah ibaratnya Ibu sedang pandang Abi dengan perasaan jatuh cinta. Begitulah cara renungan mata Ibu pada Nailah.

Semakin ibu bercakap dengan Nailah dengan suara yang lembut perlahan, untuk beberapa tempoh secara automatik Nailah akan perlahankan tangisannya sebab nak dengar apa yang Ibu cakap. 88% selalunya ini yang akan terjadi. Iya, 88% berjaya tenangkan dia.

Nailah akan slow down, akan perlahankan tangisan. Apabila tangisan perlahan maka dia dah tak menjerit. Apabila Nailah dah tak menjerit maka nafasnya makin teratur, badan akan automatik jadi slow down, jadi relax dan jadi lebih tenang sebab nafasnya dah tak selaju tadi.

Jika kita marah, selalunya nafas kita laju kan? Mungkin itu hikmahnya kenapa Rasulullah pesan, kalau marah kita minum air sebab kita tak boleh nak minum air dengan nafas yang laju.

Apabila kita angkat suara, anak hanya dengar bunyi, mereka tak mendengar percakapan kita, mereka semakin stress. Perlahankan suara kita, anak akan mendengar dengan perlahankan tangisan mereka.

Amazing sangat perasaan apabila anak sedang menjerit menangis dan ibu perlahankan suara serta pandang anak dengan hati yang lapang penuh cinta, lalu kemudiannya anak pun perlahankan tangisannya sendiri! MasyaAllah.. hebatnya Allah.

Rupanya dengan berlaku lembut dan tenang dengan anak, bukan sahaja beri kesan pada anak, ibu pun terasa ringannya perasaan ketika itu. Tenaga dan emosi tak terbazir. Kita tak penat! Usahalah untuk cuba amalkan.

Bagaimana nak sabar? Usah tanya saya. Sabar ini dibina, ianya perlu dilalui. Satu per satu, Allah lapangkan hati kita, Allah besarkan hati kita. Setiap orang ujiannya tak sama. Tetapi pastinya setiap Ibu Abi mahu menjadi yang terbaik untuk anak-anaknya.

Syukur dan sabar. Itu bekal kita. Saat rasa nak marah, menjerit atau negatif dengan anak, ingat ni sekemas hati,

“RAISE your WORDS not VOICES. It is RAIN that blooms the flower, not THUNDER” ~ Rumi.

Ada masa kalah juga. Usah sedih atau/dan stress, terus baiki diri jadi lebih baik. Ini semua adalah proses tarbiyah kita. Sedikit demi sedikit kita belajar menjadi lebih ‘cantik’ di mata Allah.

Ada masa anak jadi terlalu sensitif, tidak mahu kita dekat, beri mereka ruang untuk keluarkan dahulu luapan emosi mereka, sesudah itu baru mampir dan komunikasi dengan mereka.

Bukan pakar cuma ibu setahun jagung yang suka nak berkongsi. Jika baik, amal. Jika buruk, tinggal.

Anak-anak:
1. Nailah Insyirah – 2 tahun 3 bulan
2. Muhammad Mus’ab – 1 tahun 2 bulan