Bagi haters kamera iPhone, ini bakal membuka kembali mata anda tentang kemampuan kamera iPhone. iPhone Photography Awards(IPPA) adalah pertandingan untuk gambar-gambar yang dirakam menggunakan iPhone.

Syarat-syarat untuk menyertai pertandingan ini adalah setiap gambar perlu ditangkap menggunakan iPhone, iPad atau iPod, dibenarkan menggunakan sebarang lensa tambahan khas untuk iPhone dan gambar-gambar tidak boleh diedit menggunakan program manipulasi gambar di komputer; Photoshop contohnya. Tetapi dibenarkan edit menggunakan Apps gambar yang ada di IOS.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemenang dipecahkan kepada beberapa kategori antaranya abstrak, haiwan, makanan, potret, architecture, lifestyle, travel dan beberapa lagi kategori lain. Pemenang keseluruhan untuk pertandingan tahun ini adalah milik Siyuan Niu dari China dengan gambarnya, ‘Man And The Eagle’.

winner

Dengan lebih 1 billion pengguna iPhone di seluruh dunia, iPhone adalah pengganti yang boleh dipercayai untuk merakam momen penting tanpa perlu membawa kamera khas seperti DSLR misalnya. Saya tahu ramai iPhone photographers yang hebat di Malaysia ini. Mungkin boleh cuba sertai IPPA tahun hadapan.

Di bawah adalah antara gambar-gambar pemenang dan honorable mentions di IPPA. Jika anda mahu lihat senarai penuh pemenang bagi setiap kategori, boleh ke laman rasmi IPPA di sini.

2016-iphone-photography-awards-2

2016-iphone-photography-awards-4

2016-iphone-photography-awards-5

2016-iphone-photography-awards-7

2016-iphone-photography-awards-9

2016-iphone-photography-awards-11

Baca : Gambar Pemenang Drone Photography Contest 2016 Ini Sungguh Awesome

Sumber